Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 100 kontraktor didakwa, didenda kerana langgar peraturan saliran PUB

Bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini, sekitar 128 kontraktor didakwa dan didenda bagi 203 kesalahan melibatkan pengubahan dan gangguan pada sistem saliran awam atau melanggar peraturan Langkah Kawalan Tanah (ECM).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100 kontraktor didakwa, didenda kerana langgar peraturan saliran PUB

Air berkelodak mengalir dari tapak-tapak binaan berdekatan (Gambar: PUB)

Diterbitkan : 27 Dec 2018 03:12PM Dikemas Kini : 27 Dec 2018 03:15PM

SINGAPURA: Bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini, sekitar 128 kontraktor didakwa dan didenda bagi 203 kesalahan melibatkan pengubahan dan gangguan pada sistem saliran awam atau melanggar peraturan Langkah Kawalan Tanah (ECM).

Ini didedahkan oleh agensi air negara PUB dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan hari ini (27 Dis).

Antara kesalahan yang biasa dilakukan termasuk tidak berkeupayaan untuk merawat air dan kekurangan longkang pintas untuk mengasingkan air bersih daripada air yang berkelodak.

Ini menyebabkan air yang berkelodak mengalir dari tapak-tapak binaan ke laluan air berdekatan semasa hujan lebat.

Kesalahan-kesalahan ini terbongkar semasa PUB menjalankan pemeriksaan ke atas tapak-tapak binaan dan berdasarkan siasatan yang dijalankan setelah menerima maklum balas orang ramai, menurut PUB.

Langkah-langkah lebih ketat seperti pemeriksaan lebih kerap dan ujian terhadap sistem saliran dan pelan ECM akan dikenakan terhadap pesalah berulang. Ini termasuk denda dan hukuman yang lebih berat.

PENDEKATAN PROAKTIF

Menurut PUB, ia mengambil pendekatan yang proaktif dalam usahanya untuk bekerjasama dengan industri, sambil mengongsi amalan-amalan terbaik ECM yang boleh dilaksanakan di tapak-tapak binaan.

Tahun ini, Welltech Construction Pte Ltd didenda S$11,200 atas dua kesalahan melanggar Akta Kumbahan dan Saliran dengan membuang air yang berkelodak ke dalam longkang-longkang awam pada November 2017 dan Januari 2018.

Tahun lalu, syarikat itu juga didapati bersalah atas empat kesalahan serupa.

Menurut PUB, pihaknya sudah menghubungi para pesalah berulang untuk mengingatkan mereka supaya mematuhi peraturan saliran dan ECM sejak Oktober tahun ini. 

Sumber : CNA/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan