Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 100 keluarga flat sewa di Marsiling terima habuan menjelang Hari Raya Aidiladha

Lebih 100 keluarga memerlukan di flat-flat sewa kawasan Marsiling menerima habuan barang-barang keperluan dapur berjumlah $5,500 hari ini (18 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 100 keluarga memerlukan di flat-flat sewa kawasan Marsiling menerima habuan barang-barang keperluan dapur berjumlah $5,500 hari ini (18 Jul).

Pengagihan yang dilakukan di bawah Projek Kasih itu dihulurkan demi menambah keceriaan kepada keluarga-keluarga tersebut menjelang Hari Raya Aidiladha ini.

Secara keseluruhan, seramai 25 sukarelawan belia dari IM Volunteers Network SG turun padang di Blok 16 Marsiling Lane bagi membantu pengagihan habuan tersebut.

Setiap keluarga antara lain diberikan bahan-bahan seperti beras, minyak, bihun, mi segera dan gula.

"Kami berharap dari segi habuan yang kami berikan untuk keperluan harian mereka dapat meringankan beban keluarga-keluarga ini menyambut Hari Raya Aidil Adha ini yang akan datang.

"Itu tujuan Projek Kasih dan saya rasa Projek Kasih telah memberikan lebih banyak lagi peluang kepada belia-belia kita sendiri untuk melakukan sukarelawan demi orang yang memerlukan," ujar pengasas IM Volunteers Network SG, Muhamad Imran Mean kepada BERITAmediacorp.

Projek Kasih kali ini dijalankan dengan kerjasama IM Volunteers Network SG dan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Sesi pengagihan itu turut dihadiri Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia, Zaqy Mohamed dan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Yang pasti, para penduduk di Marsiling Lane cukup "gembira" mendapat habuan tersebut.

"Ia sedikit sebanyak dapat kami membantu mengurangkan perbelanjaan kami sehari. Dengan agihan ini dapatlah kita menikmati Hari Raya Haji nanti insya-Allah," kata Encik Musa Mahmood, yang menerima habuan Projek Kasih. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan