Lebih 100,000 makanan, kudapan diagihkan kepada keluarga memerlukan
Hampir 3,000 keluarga menerima lebih 100,000 makanan yang telah dimasak dan makanan ringan di bawah inisiatif bantuan makanan oleh Yayasan Temasek serta rakan-rakan kongsinya, SATS dan Singapore Airlines.
SINGAPURA: Hampir 3,000 keluarga menerima lebih 100,000 makanan yang telah dimasak dan makanan ringan di bawah inisiatif bantuan makanan oleh Yayasan Temasek serta rakan-rakan kongsinya, SATS dan Singapore Airlines.
Para sukarelawan masyarakat dan para kakitangan dilihat berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengagihkan bekalan makanan kepada warga tua yang tinggal bersendirian serta keluarga berpendapatan rendah.
Projek itu membantu mereka menangani keadaan beberapa bulan yang akan datang sedang negara ini beralih ke fasa-fasa seterusnya.
Yayasan Temasek berhasrat untuk memastikan bahawa semua rakyat Singapura tidak kelaparan.
Ini bukan kali pertama pertubuhan tidak mengambil untung itu menghulurkan bantuan ketika pandemik COVID-19.
Sebelum ini, ia mengagihkan cecair pembasmi kuman serta barang-barang keperluan kepada keluarga-keluarga dan pekerja barisan hadapan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.