Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 10 pertubuhan diiktiraf ubah sisa makanan jadi produk bernilai

Lebih 10 pertubuhan diiktiraf kerana mengubah sisa makanan kepada produk bernilai tambah seperti mi dan perabot.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 10 pertubuhan diiktiraf ubah sisa makanan jadi produk bernilai

Bijirin barli seperti ini diubah syarikat Kosmode Health menjadi produk pracampur untuk menghasilkan mi tanpa kanji. (Gambar: Facebook/KosmodeHealth Singapore)

Diterbitkan : 29 Sep 2021 06:47PM Dikemas Kini : 29 Sep 2021 06:53PM

SINGAPURA: Lebih 10 pertubuhan diiktiraf kerana mengubah sisa makanan kepada produk bernilai tambah seperti mi dan perabot.

Pertubuhan-pertubuhan itu merupakan pemenang pertama Anugerah Nilai Tambah Sumber oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Antara pertubuhan yang memenangi anugerah itu misalnya, mencari huraian bagi bijirin barli.

Bijirin barli biasanya digunakan sebagai makanan haiwan atau baja untuk tanaman.

Namun syarikat pemula teknologi makanan itu sudah menghasilkan cara untuk mengubahnya menjadi makanan berkhasiat untuk manusia.

Bahan protein dan serat daripada bijirin dijadikan produk pracampur untuk menghasilkan mi tanpa kanji.

Syarikat Kosmode Health merancang untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 100 kilogram mi sehari.

Dalam pada itu, menurut NEA, anugerah tersebut satu lagi langkah untuk membantu syarikat-syarikat beralih ke model operasi yang lebih mampan. 

Sumber : CNA/EM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan