Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 1,000 warga emas didampingi bagi sesi Transformasi Digital di masjid tempatan

Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) mendampingi lebih 1,000 warga senja yang berkunjung ke masjid-masjid dan memperkasa mereka dengan kemahiran digital yang relevan, di bawah inisiatif Transformasi Digital bagi Warga Emas.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1,000 warga emas didampingi bagi sesi Transformasi Digital di masjid tempatan

Seorang sukarelawan RLAF mengajar warga emas asas kemahiran digital (Gambar: RLAF)

SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) mendampingi lebih 1,000 warga senja yang berkunjung ke masjid-masjid dan memperkasa mereka dengan kemahiran digital yang relevan, di bawah inisiatif Transformasi Digital bagi Warga Emas.

Kempen tersebut adalah sebahagian daripada daya usaha Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) untuk memanfaatkan tempat-tempat seperti masjid-masjid untuk memastikan masyarakat Melayu/Islam dapat mendakapi gaya hidup digital, menurut RLAF pada Khamis (1 Apr) dalam satu kenyataan media.

Usaha tersebut dilakukan RLAF dengan kerjasama Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) bagi memastikan "warga emas kita tidak ketinggalan" sedang Singapura bergerak menuju ke arah Negara Bijak, tambah badan itu.

"RLAF ingin merapatkan jurang dan memastikan warga emas kita celik digital, menggunakan telefon bijak dan aplikasi untuk memudahkan kehidupan seharian," menurut RLAF.

"Sesi anjuran RLAF memperkasa warga emas supaya lebih yakin dan faham menggunakan aplikasi popular seperti TraceTogether, selain app yang lebih khusus bagi masyarakat Islam seperti Sistem Tempahan Ruang Masjid."

Sesi perintis diadakan di empat masjid - Al-Istighfar, Al-Mukminin, Assyakirin dan Darul Ghufran - melibatkan 30 relawan RLAF, antara 7 dengan 11 Mac.

Jumlah relawan yang sama akan dikerahkan ke 13 masjid tempatan antara 15 Mac dengan 11 Mei, disokong oleh Duta Digital IMDA.

Sehingga 30 Mac, RLAF sudah mendampingi lebih 1,000 warga emas yang berkunjung ke masjid-masjid tersebut, dengan maklum balas daripada mereka rata-rata positif.

"Sebilangan warga emas ini melanjutkan latihan dengan mendaftar bagi Program Warga Emas Go Digital oleh IMDA di balai-balai rakyat," tambah RLAF.

Badan tersebut kini sedang meneroka bagaimana untuk mengekalkan kerjasama dan memperluaskan usaha tersebut ke masjid-masjid lain pada fasa akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan