Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 1,000 pekerjaan baru menanti anda dalam sektor aeroangkasa

Lebih 1,000 pekerjaan baru sektor aeroangkasa akan diwujudkan menjelang 2020.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jika anda berminat dalam bidang aeroangkasa, ini berita baik bagi anda.

Lebih 1,000 pekerjaan baru sektor aeroangkasa akan diwujudkan menjelang 2020.

Peluang pekerjaan dalam sektor itu diumumkan sewaktu pembentangan Perancangan Perubahan Industri (ITM) Aeroangkasa baru-baru ini.

Antara teras ITM Aeroangkasa ialah mencapai kecemerlangan operasi dan menerajui inovasi dalam teknologi baru dalam menyiapkan warga Singapura dengan kemahiran-kemahiran relevan.

Semasa pelancaran ITM di Taman Aeroangkasa Seletar, ia didedahkan bahawa akan ada beberapa inisiatif yang bakal menarik dan memupuk bakat-bakat masa depan.

Jadi apakah antara jenis pekerjaan yang akan ditawarkan?

"Industri aeroangkasa memberi banyak peluang untuk menceburi kerjaya dalam penyelenggaraan pesawat ataupun operasi penerbangan," kata Encik Imran Jamaludin, seorang pensyarah di Politeknik Temasek.

Encik Imran menambah, bidang Penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) pesawat juga membuka peluang-peluang latihan, selain pekerjaan.

Pendeknya, sektor itu sedang memupuk bakat, baik bagi mempunyai kelayakan dalam bidang aeroangkasa mahupun yang belum.

Lebih menarik lagi, industri tersebut nampaknya semakin turut menarik minat daripada kaum hawa.

Contohnya, Cik Nurul Rasyiqah Ramly yang sudah tiga tahun bertugas dalam syarikat Hawker Pacific.

"Industri aeroangkasa di anggap sebagai industri yang didominasi kaum Adam dan cabaran yang saya lalui waktu saya bermula bekerja adalah untuk meraih kepercayaan daripada rakan sekerja untuk saya laksana tugas – tugas yang diberi. Kini ramai wanita yang berani untuk menceburi dalam bidang ini," kata Cik Rasyiqah.  

Sumber : BERITA Mediacorp/MY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan