Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawrence Wong puji WGS atas peranan perkayakan warisan Geylang; wujudkan budaya & identiti tersendiri

Wisma Geylang Serai (WGS) berjaya memperkayakan lagi nilai budaya dan warisan di kawasan Geylang. Lebih menarik lagi, WGS juga berhasil mewujudkan identiti budaya yang unik dan tersendiri bagi kawasan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lawrence Wong puji WGS atas peranan perkayakan warisan Geylang; wujudkan budaya & identiti tersendiri

Gerai makanan di Bazar Geylang Serai (Gambar: Izzah Imran/BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 22 Jun 2019 05:38PM Dikemas Kini : 22 Jun 2019 08:45PM

SINGAPURA: Wisma Geylang Serai (WGS) berjaya memperkayakan lagi nilai budaya dan warisan di kawasan Geylang.

Lebih menarik lagi, WGS juga berhasil mewujudkan identiti budaya yang unik dan tersendiri bagi kawasan tersebut.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata demikian semasa menyampaikan ucapannya di majlis Perjumpaan Hari Raya Wisma Geylang Serai 2019 yang diadakan pada malam ini (22 Jun).

Dalam ucapannya itu, Encik Wong yang juga Menteri Kedua Kewangan, turut memuji WGS atas pencapaian Bazar Raya Geylang Serai yang berjaya memikat lebih 2 juta pengunjung sepanjang tempoh bazar itu dianjurkan.

Ini, menurut Encik Wong, adalah satu kejayaan yang sangat membanggakan bagi WGS.

Encik Wong juga tertarik dengan sikap terbuka WGS untuk saling bekerjasama dengan para pengendali bazar untuk mewujudkan suasana dan pengalaman yang menarik bagi para pelancong dan pengunjung melalui pelbagai persembahan dan kegiatan yang dianjurkan bagi menyokong para pegerai dan penjaja di bazar tersebut.

Pencapaian lain WGS yang turut mendapat perhatian Encik Wong dalam ucapannya termasuk penganjuran beberapa acara yang berjaya memikat hati para pelancong dan pengunjung dari pelbagai masyarakat di Singapura.

Ini termasuk Pesta Buku Melayu Singapura 2019 dengan tema ‘Buana Buku Rimbun Ilmu’ yang dianjurkan buat julung-julung kalinya pada 16 dan 17 Mac lalu.

Bazar Lambak/Satay Club yang berlangsung dari 1 hingga 10 Mac, Pameran Bergerak Bicentennial Singapura @ South East dan Hari Masyarakat WGS pula disertai oleh beribu-ribu rakyat dan penduduk Singapura dari pelbagai kaum dan agama.

Semua ini, menurut Encik Wong, mengukuhkan lagi peranan WGS dalam melestarikan budaya dan memartabatkan warisan masyarakat Melayu di Singapura.

Malah, WGS kini menjadi lambang kebanggaan masyarakat Melayu dan ia juga membentuk sebahagian daripada warisan negara, kata Encik Wong yang diundang selaku tetamu terhormat bagi majlis tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan