Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawatan sulung Presiden Turkmenistan ke S'pura satu 'peristiwa bersejarah', kata Presiden Halimah

Lawatan negara Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhammedow ke Singapura membuka "lembaran baru" dalam hubungan dua hala dengan Singapura, menurut Presiden Halimah Yacob pada Selasa (27 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lawatan sulung Presiden Turkmenistan ke S'pura satu 'peristiwa bersejarah', kata Presiden Halimah

Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhammedow membuat lawatan sulung ke Singapura pada 27 Ogos

Diterbitkan : 27 Aug 2019 10:51PM Dikemas Kini : 27 Aug 2019 10:54PM

SINGAPURA: Lawatan negara Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhammedow ke Singapura membuka "lembaran baru" dalam hubungan dua hala dengan Singapura, menurut Presiden Halimah Yacob pada Selasa (27 Ogos).

Ini merupakan lawatan sulung seumpama itu bagi Presiden Turkmenistan dan lawatan tersebut disifatkan oleh Presiden Halimah sebagai satu "peristiwa bersejarah".

Satu jamuan negara diadakan sempena lawatan Presiden Berdimuhammedow ke sini.

Beliau diiringi oleh para menteri kanan kabinet dan pegawai pemerintah.

Beliau kemudian bertemu dengan Presiden Halimah Yacob, sekaligus mengesahkan hubungan diplomatik kedua-dua negara selama lebih dua dekad lalu.

Presiden Berdimuhammedow juga mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Mereka menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian dan MOU.

Satu perjanjian mengecualikan para pemegang pasport diplomatik, pegawai atau perkhidmatan daripada memenuhi kriteria visa bagi lawatan sehingga sebulan.

Satu lagi perjanjian akan menyaksikan pengurangan cukai bagi dividen, faedah dan royalti.

Ini bagi meningkatkan perdagangan rentas sempadan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Satu MOU juga dimeterai bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang guaman antara kedua-dua negara.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan