Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawatan berpandu Mount Faber, Sentosa, imbau cerita peribadi peserta

Jika anda rasa Mount Faber dan Sentosa hanyalah destinasi pelancong, anda mungkin tersilap.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 May 2019 09:03PM Dikemas Kini : 09 May 2019 11:28PM

SINGAPURA: Jika anda rasa Mount Faber dan Sentosa hanyalah destinasi pelancong, anda mungkin tersilap.

Satu lawatan berpandu bakal diadakan bagi mendedahkan kisah-kisah menarik tentang kedua-dua lokasi tersebut.

Di bahagian selatan Mount Faber, terletaknya Kolam Keppel Hill - tempat yang tidak ramai tahu wujud. Namun bagi sekumpulan peserta lawatan berpandu tersebut, di situlah tempat mereka membesar pada zaman 1960-an.

'Lawatan Warisan Mount Faber dan Sentosa Saya' itu dikendalikan kumpulan tidak meraih untung, 'My Community'.

Lawatan percuma tersebut akan diadakan pada hujung minggu kedua setiap bulan.

Antara tempat lain yang boleh dikunjungi para peserta ialah Fort Serapong, kubu yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada pertahanan British pada suatu ketika dahulu.

'My Community' berharap lawatan ini bukan saja menghidupkan kembali lokasi-lokasi ini tetapi juga melengkapinya dengan kisah-kisah peribadi.  

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan