Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan tentera bertujuan bina keupayaan pertahankan kedaulatan S'pura

Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How berkata, matlamat latihan tentera pada akhirnya adalah membina sebuah angkatan bersenjata yang berkesan dan berupaya mempertahankan kedaulatan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Oct 2019 08:01PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 10:44PM

BOISE: Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How berkata, matlamat latihan tentera pada akhirnya adalah membina sebuah angkatan bersenjata yang berkesan dan berupaya mempertahankan kedaulatan Singapura.

Encik Heng berkata demikian di luar Latihan Forging Sabre, iaitu latihan bersepadu Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang sedang berlangsung di Idaho, Amerika Syarikat.

"Untuk berupaya melakukannya bukan cakap kosong sahaja, anda mesti mampu membina keupayaan itu.

"Dan untuk melakukannya anda perlukan latihan yang realistik dan kukuh menggunakan peralatan yang diperlukan, kemahiran yang anda perolehi di tempat latihan yang membolehkan anda mengasah kemahiran anda," kata Encik Heng.

Beliau juga bertemu dengan para anggota SAF dan diberi penerangan tentang bagaimana mesin boleh digunakan secara berkesan untuk melaksanakan misi-misi yang rumit.

Encik Heng menambah bahawa keselamatan kekal menjadi keutamaan dalam latihan-latihan yang dijalankan di Singapura mahupun di luar negara.  

Sumber : CNA/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan