Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan simulasi serangan pengganas 'Heartbeat' diadakan di Masjid Sultan

Buat julung-julung kalinya, satu latihan antipengganasan yang melibatkan simulasi serangan pengganas, dianjurkan di sebuah rumah ibadah. Exercise Heartbeat diadakan pada Ahad (24 Nov) secara bersama antara SCDF, SPF dengan Masjid Sultan, di pekarangan masjid tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Latihan simulasi serangan pengganas 'Heartbeat' diadakan di Masjid Sultan

Latihan 'Exercise Heartbeat' dianjurkan di Masjid Sultan pada 24 Nov 19 (Gambar: SPF)

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, satu latihan antipengganasan yang melibatkan simulasi serangan pengganas, dianjurkan di sebuah rumah ibadah.

Exercise Heartbeat diadakan pada Ahad (24 Nov) secara bersama antara Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dengan Masjid Sultan, di pekarangan masjid tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, pihak penganjur menjelaskan latihan tersebut diadakan untuk "mengesahkan pelan kecemasan dan meningkatkan respons pelan kecemasan (Masjid Sultan)" dalam menangani sesuatu serangan pengganasan.

60 kakitangan dan relawan Masjid Sultan dilatih untuk menjalankan protokol kecemasan SGSEcure "Run, Hide, Tell" (Lari, Sembunyi, Beritahu) serta rawatan perubatan kecemasan (first aid).

Latihan 'Exercise Heartbeat' dianjurkan di Masjid Sultan pada 24 Nov 19 (Gambar: SPF)

(Gambar: SPF)

Dianjurkan buat pertama kali di pekarangan sebuah rumah ibadah di sini, ia menyusuli serangan-serangan yang dilakukan ke atas rumah-rumah ibadah merata dunia baru-baru ini.

Pada Mac 2019 misalnya, dua masjid di Christchurch menjadi sasaran serangan seorang pengganas yang menembak mati 50 jemaah solat Jumaat.

Pada Hari Easter pula, siri serangan pengebomban berlaku di Sri Lanka, melibatkan beberapa lokasi termasuk tiga gereja.

"Usaha-usaha sebegini (Exercise Heartbeat) oleh pihak berkepentingan menekankan kepentingan bagi para pemilik bangunan untuk menyemak langkah-langkah keselamatan dan memperkukuh kesediaan kecemasan mereka dalam menangani situasi serangan pengganas," menurut kenyataan bersama tersebut hari ini.

"Para pemilik bangunan digalakkan melakar rancangan kecemasan untuk menangani serangan pengganas dan melatih kakitangan serta penyewa untuk mengetahui pelan-pelan itu."

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan