Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan Forging Sabre: SAF guna teknologi kecerdasan buatan, kenal pasti sasaran musuh

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti sasaran-sasaran musuh semasa Latihan Forging Sabre di Idaho. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2019 08:33PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 10:26PM

SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti sasaran-sasaran musuh semasa Latihan Forging Sabre di Idaho.

Keupayaan AI membantu SAF mempertingkatkan kecekapan dan ketepatan dalam misi mereka.

Kenderaan Udara Tanpa Pemandu, Heron 1 itu membantu para komander tentera mengesan musuh dengan pantas.

Sofwe Pengesanan Sasaran Automatik atau ATD memainkan peranan utama dalam proses tersebut.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) itu membantu para komander SAF mengenal pasti musuh menerusi rakaman kamera pemantau dengan serta-merta.

Mereka sekali gus dapat menyusun strategi dengan lebih pantas dan tepat di medan pertempuran.

Apabila keupayaan sofwe menggunakan AI dipertingkat kelak, prosesnya akan lebih cepat.

Target Look-Ahead dengan keupayaan AI itu juga dimanfaatkan SAF.

Ia menyarankan tempat terbaik untuk jet pejuang melancarkan serangan dan memberi anggaran masa pihak musuh bakal sampai ke tempat itu. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan