Images
  • vivian balakrishnan (1)
    Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dalam wawancara bersama CNA938 pada 8 Nov 2019. (Gambar: Hanidah Amin)

Larangan PMD di laluan pejalan kaki: Sikap sosial tidak setara keperluan keselamatan

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata larangan menggunakan PMD di laluan pejalan kaki adalah langkah yang perlu kerana kelakuan sosial tidak setara dengan pentingnya menjaga keselamatan. Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan stesen radio CNA938 pagi tadi (8 Nov).

Dr Balakrishnan menambah Singapua perlu mencari cara-cara lebih baik untuk menghuraikan masalah itu sambil memastikan keselamatan pejalan kaki.

"Saya sebenarnya amat simpati juga terhadap orang-orang yang menggunakan PMD untuk menghantar makanan. Ia mata pencarian mereka. Kita perlu memandang isu mata pencarian ini dengan serius," kata Dr Balakrishnan.

Beliau menambah perkara yang perlu diberi perhatian adalah akan ada perubahan serta gangguan. Dr Balakrishanan mengulas bahawa hal itu akan berlaku kerap kali.

"Saya tidak memandang perkara ini ke belakang. Saya sering memandang perkara-perkara ini sebagai perlu berubah," ujarnya. 

- CNA/MM/fz

Top