Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laporan polis dibuat selepas pemandu kereta rakam video anak lelaki PM Lee

Satu laporan polis dibuat berhubung video yang merakamkan anak sulung Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Li Yipeng, yang dipelawa menaiki sebuah kereta privet, menurut polis dalam satu kenyataan pada Ahad (17 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan polis dibuat selepas pemandu kereta rakam video anak lelaki PM Lee

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 17 Mar 2019 09:47PM Dikemas Kini : 17 Mar 2019 09:50PM

SINGAPURA: Satu laporan polis dibuat berhubung video yang merakamkan anak sulung Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Li Yipeng, yang dipelawa menaiki sebuah kereta privet, menurut polis dalam satu kenyataan pada Ahad (17 Mac).

Menurut polis, video itu dirakam tanpa pengetahuan atau keizinan Encik Li.

Pemandu lelaki berusia 31 tahun itu mempelawa Encik Li untuk menumpang keretanya. Dalam video berkenaan, pemandu itu juga didengar bertanya Encik Li berkali-kali untuk mengesahkan identitinya, serta alamat kediaman dan aturan keselamatan untuknya, menurut kenyataan polis.

"Polis sedang menyiasat perkara itu dengan bantuan pemandu berkenaan kerana soalan-soalan yang ditanya menimbulkan keprihatinan keselamatan yang serius memandangkan latar belakang Encik Li," menurut kenyataan itu lagi.

Polis juga sedang menyiasat gambar yang disebarkan menunjukkan satu catatan Facebook kononnya oleh PM Lee berhubung insiden itu.

Polis mengesahkan bahawa gambar itu adalah palsu. Seorang lelaki berusia 39 tahun sedang membantu para pegawai dengan siasatan tersebut.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan pada Ahad (17 Mac) yang menyatakan bahawa Perdana Menteri menyedari akan insiden berkenaan, video dan catatan Facebook palsu itu.

"Menjadi keprihatinan bahawa seseorang yang lemah boleh diperdaya seupama ini," menurut kenyataan itu lagi.

"Yipeng ialah anak lelaki PM Lee, namun ada ramai individu lemah lain yang bergerak sendiri di Singapura, dan mereka mesti dapat berbuat demikian dengan selamat, tanpa diperdaya ataupun diganggu dan tanpa privasi mereka dicabul."

"PM Lee mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyuarakan keprihatinan mengenai perkara ini."

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan