Images
  • dpm heng swee keat
    Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat (Gambar fail: TODAY)

Laporan Heng Swee Keat labur dalam syarikat adalah palsu

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menggesa warga Singapura agar berwaspada terhadap berita palsu yang mengandungi "komen-komen mengelirukan" yang dikaitkan dengannya dan disebarkan secara online.

Dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (17 Mac), Encik Heng berkongsi petikan skrin rencana yang memaparkan logo CNN dengan tajuk "Menteri Kewangan Heng Swee Keat labur 6 juta dolar dalam sebuah syarikat baru yang boleh menjadikan anda kaya".

Dalam catatannya Encik Heng yang juga Menteri Kewangan, berkata laporan itu adalah palsu dan menggesa orang awam supaya berhati-hati, terutama sebelum memberi butiran peribadi dan kewangan seperti nombor kad kredit dan kata laluan.

Peringatan serupa juga diberikan oleh Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo di laman Facebooknya dua hari lalu.

Ciik Teo berkata namanya digunakan oleh satu laman palsu untuk mengumpulkan maklumat peribadi atau kewangan dari para pengguna. 

- TODAY/TQ/tq

Top