Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lapangan terbang Hong Kong kembali beroperasi susuli pertempuran

Lapangan terbang Hong Kong kembali beroperasi hari ini (14 Ogos), dengan beratus-ratus penerbangan dijadualkan semula selepas terjejas sejak dua hari lalu akibat pertempuran antara para penunjuk perasaan dengan polis antirusuhan di bandar tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan terbang Hong Kong kembali beroperasi susuli pertempuran

Injuksi sementara dikeluarkan bagi melarang para penunjuk perasaan daripada mengganggu operasi lapangan terbang. (Gambar: Philip Wong/AFP)

Diterbitkan : 14 Aug 2019 01:03PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 01:07PM

HONG KONG: Lapangan terbang Hong Kong kembali beroperasi hari ini (14 Ogos), dengan beratus-ratus penerbangan dijadualkan semula selepas terjejas sejak dua hari lalu akibat pertempuran antara para penunjuk perasaan dengan polis antirusuhan di bandar tersebut.

Penguasa Lapangan Terbang Hong Kong menyatakan ia sudahpun mendapatkan injunksi sementara untuk melarang orang ramai daripada mengganggu operasi lapangan terbang itu "secara sengaja dan tanpa mematuhi undang-undang".

"Orang ramai juga tidak dibenarkan menghadiri atau menyertai sebarang bantahan ataupun tunjuk perasaan serta perhimpunan awam di lapangan terbang itu, selain di tempat-tempat yang dikhususkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang," menurutnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada pagi tadi (14 Ogos).

Para penunjuk perasaan secara fizikal menyekat para pengunjung daripada mengakses penerbangan sepanjang tengah hari Selasa (13 Ogos), sebelum bertempur dengan polis di luar bangunan terminal pada petang semalam.

Mereka juga menyerang dua orang yang disyaki adalah perisik atau pegawai polis yang menyamar diri.

Menurut polis hari ini (14 Ogos), sekumpulan besar penunjuk perasaan "menggangu dan menyerang seorang pengunjung dan wartawan".

Lima orang ditahan, membawa jumlah keseluruhan orang yang diberkas sejak tunjuk-tunjuk perasaan bermula pada Jun kepada lebih 600 orang, menurut polis.

Kaunter-kaunter pendaftaran masuk sudahpun dibuka semula kepada para penumpang yang menunggu sepanjang malam untuk menaiki pesawat.

Laman lapangan terbang itu menunjukkan berpuluh-puluh pesawat sudah berlepas pada tengah malam tadi dan menyenaraikan beratus-ratus lagi pesawat sebagai dijadual melakukan penerbangan sepanjang hari ini, meskipun kebanyakan masih tertangguh.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan