Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lapangan Terbang Changi urus 5.2 juta penumpang bulan lalu

Pergerakan pesawat juga meningkat hampir 4 peratus dengan sebanyak 32,000 pesawat mendarat dan berlepas dari Lapangan terbang Changi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Jun 2018 12:31AM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 01:09AM

SINGAPURA: Lapangan terbang Changi menguruskan 5.2 juta penumpang pada bulan lalu, iaitu kenaikan hampir 6 peratus.

Pergerakan pesawat juga meningkat hampir 4 peratus dengan sebanyak 32,000 pesawat mendarat dan berlepas dari Lapangan terbang Changi.

Trafik Udara antara Singapura dan Eropah berkembang sebanyak 17 peratus bulan lalu dirangsang oleh keupayaan pengendalian tambahan baru-baru ini ke Jerman, Poland dan UK.

China mendahului antara 10 pasaran utama bagi Lapangan Terbang Changi.

Lebih 500,000 penumpang melakukan perjalanan antara Singapura dan China, iaitu kenaikan 12 peratus berbanding setahun lalu. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan