Images

Lanjutan JSS diharap beri lebih masa wujudkan pekerjaan baru bermutu, kata Presiden Halimah

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata pada Isnin (16 Ogos) bahawa langkah pemerintah melanjutkan Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) diharap dapat memberi lebih banyak masa kepada negara ini untuk mewujudkan pekerjaan baru yang bermutu.

Ia juga diharap dapat mengelakkan pertambahan besar pemberhentian pekerja secara mendadak.

Awal pada itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan lanjutan JSS serta satu inisiatif baru sebagai antara langkah-langkah bernilai S$8 bilion untuk terus mendorong para pekerja dan majikan mengharungi krisis pandemik virus korona.

Dalam catatan di laman Facebook, Presiden Halimah berkata Singapura perlu membuat persiapan bagi menghadapi lebih banyak pemberhentian pekerja dalam masa beberapa bulan akan datang dan tidak semua perniagaan dapat diselamatkan.

Beliau berharap sokongan JSS yang dilanjutkan sehingga Mac tahun depan akan memberi masa kepada para pekerja untuk menimba kemahiran bagi melakukan pekerjaan baru. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- CNA/HK/tq

Top