Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah tambahan COVID-19, tarif elektrik dan pekerjaan akan dibincang di Parlimen

Langkah-langkah tambahan COVID-19 yang diperkenalkan di Parlimen minggu lalu, bersama dengan isu-isu berhubung tarif elektrik, harga gas dan pekerjaan akan dibincangkan di Parlimen apabila dewan bersidang pada Rabu (14 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah tambahan COVID-19, tarif elektrik dan pekerjaan akan dibincang di Parlimen

(Gambar: Parliament of Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 13 Oct 2020 10:54PM Dikemas Kini : 13 Oct 2020 10:57PM

SINGAPURA: Langkah-langkah tambahan COVID-19 yang diperkenalkan di Parlimen minggu lalu, bersama dengan isu-isu berhubung tarif elektrik, harga gas dan pekerjaan akan dibincangkan di Parlimen apabila dewan bersidang pada Rabu (14 Okt).

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat memperkenalkan beberapa langkah sokongan baru di Parlimen. Beliau berkata bahawa Pemerintah akan terus menumpukan perhatian kepada usaha untuk meringankan beban rakyat sepanjang enam bulan akan datang bagi membantu syarikat-syarikat perusahaan dan para pekerja bangkit lebih teguh.

"Cara terbaik untuk melindungi kesejahteraan pekerja kita adalah dengan menyediakan pekerjaan yang baik. Dengan membantu firma-firma terus beroperasi semasa tempoh sukar ini, para majikan boleh mengekalkan tenaga pekerja masing-masing. Dengan membantu firma-firma untuk menyusun dan melatih semula para pekerja mereka, mereka akan dapat bangkit lebih kukuh," menurut DPM Heng pada 5 Okt.

Perbahasan mengenai langkah-langkah tambahan itu akan diadakan setelah soalan-soalan diajukan oleh para Anggota Parlimen. Soalan-soalan yang diajukan termasuk pertanyaan yang berkaitan dengan kadar bil api air, pekerjaan, penduduk Singapura dan perumahan awam.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan