Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah M'sia tambah ketegangan 'tidak wajar dan provokatif': Parti Pekerja

Langkah-langkah yang meningkatkan ketegangan seperti mengerahkan kapal kerajaan Malaysia ke dalam perairan wilayah Singapura dekat Tuas Barat adalah satu tindakan "tidak wajar dan provokatif", menurut Parti Pekerja pada Sabtu (8 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah M'sia tambah ketegangan 'tidak wajar dan provokatif': Parti Pekerja

Gambar fail perairan Singapura (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Dec 2018 10:56PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 11:05PM

SINGAPURA: Langkah-langkah yang meningkatkan ketegangan seperti mengerahkan kapal kerajaan Malaysia ke dalam perairan wilayah Singapura dekat Tuas Barat adalah satu tindakan "tidak wajar dan provokatif", menurut Parti Pekerja pada Sabtu (8 Dis).

Dalam satu kenyataan, Parti Pekerja melahirkan "kebimbangan amat berat" atas pencerobohan oleh kapal Malaysia ke perairan Singapura baru-baru ini yang menurut Singapura mencabuli kedaulatan negara ini dan undang-undang antarabangsa.

Parti pembangkang tersebut menambah tingkah laku Malaysia itu tidak menetapkan nada yang betul bagi hubungan rakyat Singapura-Malaysia, terutama sekali bagi generasi muda.

"Parti Pekerja menyokong semua anggota agensi keselamatan dan penguat kuasa yang dikerahkan bagi menangani pencerobohan kapal Malaysia ke dalam perairan Singapura. Kami menyokong mereka sepenuhnya," tambah kenyataan itu.

Terdapat 14 pencerobohan dilakukan oleh kapal-kapal kerajaan Malaysia ke dalam perairan wilayah Singapura sepanjang dua minggu lalu, dedah Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan dalam satu sidang media pada Khamis.

Siri pencerobohan itu berlaku selepas Malaysia meluaskan had pelabuhan Johor pada 25 Oktober, memasuki perairan Singapura dekat Tuas.

Pada Khamis, Singapura juga mengumumkan ia meluaskan had pelabuhan Tuas memandangkan "perkembangan provokatif" terbaru dan menyatakan ia tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas pencerobohan kapal-kapal kerajaan Malaysia di perairannya.

Parti Pekerja menyifatkan Singapura dan Malaysia sebagai "jiran bersaudara dengan hubungan dua hala yang luas," seraya berkata kedua-dua pihak bekerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pertahanan.

"Terdapat hubungan ekonomi mendalam antara kedua-dua negara jiran ini, dengan lebih banyak manfaat yang boleh diraih bagi warga Malaysia dan Singapura menerusi kerjasama ekonomi. Rakyat kedua-dua negara juga berkait rapat antara satu sama lain menerusi talian persaudaraan dan persahabatan," tambah parti itu.

Memandangkan hubungan dua hala yang unik dan amat mendalam, sebarang perselisihan antara kedua-dua negara boleh dileraikan menerusi rundingan atau proses perantaraan pihak ketiga.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan