Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah lebih tegas pastikan penghantar makanan dilindungi insurans pihak ketiga

Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) sedang giat meninjau langkah-langkah lebih tegas bagi memastikan para penghantar makanan dilindungi insurans pihak ketiga apabila menunggang alat mobiliti peribadi (PMD) mereka semasa bekerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah lebih tegas pastikan penghantar makanan dilindungi insurans pihak ketiga

Gambar fail alat mobiliti peribadi.

SINGAPURA: Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) sedang giat meninjau langkah-langkah lebih tegas bagi memastikan para penghantar makanan dilindungi insurans pihak ketiga apabila menunggang alat mobiliti peribadi (PMD) mereka semasa bekerja.

Demikian menurut Pengerusi Panel Penasihat Pergerakan Aktif (AMAP) yang juga Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan, Dr Muhammad Faishal Ibrahim hari ini (7 Mei) dalam satu catatan di akaun Facebooknya.

Tambah Dr Faishal, insurans pihak ketiga akan memberi ketenangan kepada para pejalan kaki dan penunggang PMD, terutamanya apabila satu kemalangan berlaku.

Beliau juga mendedahkan dalam catatan Facebooknya bahawa terdapat laporan mengenai para penghantar makanan yang menunggang PMD dengan berbahaya.

"LTA sudah mendampingi syarikat-syarikat penghantar makanan utama. Salah satu hasil yang baik adalah GrabFood sudah membeli insurans pihak ketiga bagi para penunggang e-skuter, setelah Deliveroo.

"Saya menggalak lebih banyak syarikat-syarikat yang berbuat sedemikian," tekan Dr Faishal lagi.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan