Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah-langkah tangani kepalsuan online mahu huraikan kesan, 'tidak hukum pesalah'

Satu undang-undang yang disarankan untuk menangani kepalsuan online disengajakan akan menyediakan Pemerintah dengan pelbagai kaedah bagi menangani isu itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah-langkah tangani kepalsuan online mahu huraikan kesan, 'tidak hukum pesalah'

Menteri Negara Kanan Undang-Undang Edwin Tong.

Diterbitkan : 08 May 2019 12:10AM Dikemas Kini : 08 May 2019 12:12AM

SINGAPURA: Satu undang-undang yang disarankan untuk menangani kepalsuan online disengajakan akan menyediakan Pemerintah dengan pelbagai kaedah bagi menangani isu itu.

Bagaimanapun, ia akan berfungsi untuk "mengurangkan kesan kepalsuan online secara khususnya dan tidak menghukum para individu yang bersalah".

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Undang-Undang Edwin Tong, yang berucap di Parlimen pada Selasa (7 Mei) semasa bacaan kedua bagi Rang Undang-Undang Perlindungan daripada Kepalsuan Online dan Manipulasi.

Dibawah rang yang disarankan itu, seorang menteri mempunyai kuasa untuk mengesahkan bahawa rencana tersebut mengandungi berita palsu, dan mengeluarkan perintah untuk pembetulan dilaksanakan atau berita palsu itu dipadamkan. Perintah tersebut boleh dicabar di mahkamah.

Ini kerana kenyataan palsu berhubung sesuatu fakta yang mesti diberitahu, dan ia adalah bagi kepentingan orang awam untuk mengeluarkan perintah.

Beliau menambah bahawa Rang itu menunjukkan secara lebih dekat saranan-saranan yang diutarakan oleh Jawatankuasa Pilihan, yang bersepakat menyarankan bahawa "Pemerintah mempunyai kuasa untuk dengan pantas mencantas kepalsuan online".

SATU KOTAK PERALATAN KUASA BAGI PEMERINTAH

Oleh yang demikian, rang tersebut menawarkan "satu kotak peralatan kuasa bagi Pemerintah" untuk menangani kesan kepalsuan online secara berasing-asing dan sumber kepalsuan online, serta "kuasa pengawalan terhadap wadah-wadah perantaraan internet" untuk memastikan ia mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk menghalang dan membanteras masalah-masalah tersebut.

Sambil menjelaskan lanjut mengenai beberapa peralatan kuasa tersebut, Encik Tong menekankan bahawa ia kebanyakannya "direka untuk platform-platform, dan bukan penerbit individu".

Peralatan-peralatan kuasa itu menyediakan akses dan menjadikan pembetulan menjadi lebih ketara; menggangu akaun-akaun palsu yang memburukkan lagi kepalsuan online; dan menghentikan insentif-insentif kewangan terhadap sumber-sumber kepalsuan online.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan