Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah kuarantin, ujian dipermudah bagi pelawat negara tertentu termasuk M'sia, Indonesia

Beberapa langkah sempadan dilonggarkan, termasuk penyambungan semula perjalanan dari negara seperti Bangladesh dan India, selain melonggarkan sekatan kuarantin bagi mereka dari negara Kategori III, yang kini termasuk Malaysia dan Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah kuarantin, ujian dipermudah bagi pelawat negara tertentu termasuk M'sia, Indonesia

Orang ramai melalui bangunan kawalan Lapangan Terbang Changi Singapura pada 18 Jan 2021. (Gambar fail: Edgar Su/REUETRS)

Diterbitkan : 23 Oct 2021 05:29PM Dikemas Kini : 23 Oct 2021 05:31PM

SINGAPURA: Beberapa langkah sempadan dilonggarkan, termasuk penyambungan semula perjalanan dari negara seperti Bangladesh dan India, selain melonggarkan sekatan kuarantin bagi mereka dari negara Kategori III, yang kini termasuk Malaysia dan Indonesia.

Ini menyusuli semakan ke atas keadaan COVID-19 di negara-negara tersebut, umum Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Sabtu (23 Okt).

Bermula 11.59 malam pada 26 Oktober, pelawat dengan sejarah perjalanan 14 hari ke Bangladesh, India, Myanmar, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka, sebelum berangkat ke Singapura akan dibenarkan masuk atau membuat persinggahan melalui negara ini lagi. Mereka akan tertakluk kepada langkah sempadan Kategori IV.

Lebih banyak negara dan wilayah juga ditambah ke pelbagai kategori sekatan sempadan Singapura.

Malaysia, Kemboja, Mesir, Hungary, Indonesia, Israel, Mongolia, Qatar, Rwanda, Samoa, Seychelles, Afrika Selatan, Tonga, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam, akan dimasukkan dalam Kategori III bermula 11.59 malam pada 26 Oktober.

PROTOKOL KUARANTIN DIPERMUDAH

Selain itu, lebih banyak pelawat akan dibenarkan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di tempat penginapan mereka dan bukan di kemudahan khas.

Mulai 11.59 malam pada 26 Oktober, semua pelawat dari negara atau wilayah Kategori III boleh menjalani SHN di tempat kediaman atau penginapan pilihan mereka yang diisytiharkan - tanpa mengira status vaksinasi dan sejarah perjalanan pelawat serta anggota keluarga mereka.

"Mereka tidak akan diperuntukkan tempat tinggal di mana-mana kemudahan SHN khas," kata MOH.

Penduduk yang pulang dari negara-negara tersebut harus memastikan mereka boleh mendapatkan penginapan alternatif jika rumah mereka tidak sesuai untuk aturan SHN, tambahnya.

Namun pihak berkuasa menambah semua pelawat mesti sentiasa berada di tempat penginapan yang diisytiharkan, dan perlu menggunakan alat pemantauan elektronik sepanjang tempoh SHN.

"Tindakan akan diambil terhadap mereka yang melanggar syarat SHN mereka atau membuat pengisytiharan palsu," tambah MOH.

Pelawat dari negara dan wilayah Kategori IV masih perlu menjalani SHN 10 hari di kemudahan khas.

UJIAN BAGI PELAWAT

Selain itu, jumlah ujian bagi perlu dilakukan kebanyakan pelawat akan dikurangkan mulai 11.59 malam 26 Okt.

Semua pelawat dari negara Kategori II (destinasi bukan Laluan Perjalanan bagi Penumpang Divaksin atau VTL), III dan IV tidak lagi perlu menjalani ujian tindak balas berantai polimerase (PCR) semasa ketibaan.

Sebaliknya, mereka hanya akan menjalani ujian PCR pada hujung tempoh SHN mereka.

Pelawat dari Kategori III dan IV juga tidak lagi perlu menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) pada hari ketiga dan ketujuh sejak ketibaan mereka, semasa tempoh SHN.

PEMBANTU RUMAH LENGKAP DIVAKSIN

Pihak berkuasa juga sebelumnya mengumumkan bahawa Singapura akan membenarkan pekerja dan pelajar memasuki Singapura secara "selamat dan tersusun" mulai 1 November, selagi mereka sudah lengkap divaksin sebelum tiba.

“Sebagai sebahagian daripada langkah ini, kami akan memudahkan kemasukan lebih ramai pembantu rumah, untuk memenuhi keperluan domestik dan penjagaan rumah yang mendesak bagi isi rumah tempatan, sambil mengawal jumlahnya dengan berhati-hati selaras dengan keadaan global yang berubah-ubah,” menurut kenyataan itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan