Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah ketat COVID-19 kekal beberapa minggu lagi selepas Tahun Baru Cina: Lawrence Wong

Langkah-langkah COVID-19 yang lebih ketat sebelum Tahun Baru Cina akan kekal untuk beberapa minggu selepas perayaan berakhir, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong pada Jumaat (19 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah ketat COVID-19 kekal beberapa minggu lagi selepas Tahun Baru Cina: Lawrence Wong

Gambar Hiasan. Orang ramai di Chinatown, Singapura pada 5 Jan 2021 di tengah COVID-19 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 19 Feb 2021 10:19PM Dikemas Kini : 19 Feb 2021 10:21PM

SINGAPURA: Langkah-langkah COVID-19 yang lebih ketat sebelum Tahun Baru Cina akan kekal untuk beberapa minggu selepas perayaan berakhir, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong pada Jumaat (19 Feb).

Langkah-langkah itu termasuk had lapan tetamu bagi setiap isi rumah sehari, dikuatkuasakan sejak 26 Januari selepas jumlah kes dalam masyarakat meningkat.

"Sejak itu, keadaan telah bertambah baik tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan apa akan berlaku," kata Encik Wong, pengerusi bersama pasukan bertindak COVID-19, sambil menarik perhatian bahawa virus itu mempunyai "tempoh inkubasi".

"Oleh itu, kami akan memantau satu, dua, beberapa minggu selepas perayaan Tahun Baru berakhir," katanya.

"Dan jika keadaan tetap stabil, terkawal, maka kami akan mengkaji semula dan kami akan mempertimbangkan langkah-langkah itu semula dan melihat sama ada terdapat ruang untuk kami menyesuaikannya."

Bercakap kepada para wartawan semasa lawatan ke pusat vaksinasi COVID-19 di Kelab Masyarakat Jalan Besar, Encik Wong berkata pihak berkuasa juga akan meneliti acara-acara yang ditangguhkan, seperti acara Sukan Sekolah Kebangsaan, untuk melihat bila acara-acara itu boleh disambung.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para penduduk atas kerjasama mereka di tengah langkah-langkah yang diperketat.

"Kami berharap dengan kerjasama semua orang, kami tidak akan melihat lonjakan kes selepas tempoh Tahun Baru, tetapi kami tidak akan tahu dengan tepat hingga satu atau dua minggu selepas perayaan Tahun Baru. Maka itu kami akan terus memantau keadaan dan mengharapkan kerjasama semua untuk mengekalkan pendekatan berdisiplin ini."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan