Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah ketat COVID-19 di Latihan Forging Sabre

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah melaksanakan langkah-langkah COVID-19 yang ketat semasa Latihan Forging Sabre di Idaho, Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah ketat COVID-19 di Latihan Forging Sabre

Sistem HIMARS lancar peluru latihan semasa Latihan Forging Sabre (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 25 Sep 2021 02:56PM Dikemas Kini : 25 Sep 2021 03:02PM

IDAHO: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah melaksanakan langkah-langkah COVID-19 yang ketat semasa Latihan Forging Sabre di Idaho, Amerika Syarikat.

Latihan SAF itu yang pertama di luar negara sejak bermula pandemik COVID-19.

Kesemua 800 peserta latihan lengkap divaksin serta menjalani ujian swab sebelum dan selepas latihan.

'Gelembung Kesihatan' juga diadakan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada masyarakat.

Langkah-langkah lain termasuk membahagi-bahagikan peserta kepada kumpulan-kumpulan kecil serta masa berbeza bagi kegiatan seperti waktu rehat dan makan bagi mengurangkan kesesakan di ruang bersama.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan