Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah keselamatan peringkat tinggi diletakkan di beberapa lokasi merata negara

Sedang Singapura bersiap sedia untuk menyambut tahun 2018, di beberapa lokasi di merata negara termasuk Marina Bay, langkah-langkah keselamatan peringkat tinggi sudah dilaksanakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah keselamatan peringkat tinggi diletakkan di beberapa lokasi merata negara

Bunga api menghiasi kawasan Marina Bay semasa kiraan detik Tahun Baru 2017. (Gambar: Wesley Loh, ihsan Esplanade - Theatres on the Bay)

Diterbitkan : 31 Dec 2017 07:08PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 07:16PM

SINGAPURA: Sedang Singapura bersiap sedia untuk menyambut tahun 2018, di beberapa lokasi di merata negara termasuk Marina Bay, langkah-langkah keselamatan peringkat tinggi sudah dilaksanakan.

Malah, ribuan pegawai yang dikerahkan hari ini (31 Dis) untuk memantau keadaan juga berada pada tahap berjaga-jaga yang tinggi.

Ini menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam, yang berucap di luar satu acara kawasan undi malam ini.

"Acara kira detik Tahun Baru di Marina Bay adalah satu acara ikonik. Terdapat banyak teknologi yang digunakan. Termasuk pengerahan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) dan CCTV.

"Singapura adalah sasaran jelas. Terdapat sebuah lagi video yang dikeluarkan ISIS, memaparkan rakyat Singapura, Megat, dan menyeru agar serangan dijalankan ke atas mereka yang bukan Muslim," jelas Encik Shanmugam.

Beliau menambah: "Mungkin ada sesetengah orang kurang siuman yang akan keluar dan cuba melancarkan serangan, di negara lain."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan