Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah keselamatan dipertingkat di Pantai Siloso sempena sambutan tahun baru

Langkah-langkah keselamatan akan diperketat bagi sambutan tahun baru di Pantai Siloso.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2017 06:11PM Dikemas Kini : 30 Dec 2017 09:32PM

SINGAPURA: Langkah-langkah keselamatan akan diperketat bagi sambutan tahun baru di Pantai Siloso.

Lebih 10,000 orang dijangka hadir di acara itu.

Sentosa sedang bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk meningkatkan jumlah pegawai polis yang dikerahkan di kawasan tersebut.

Pihak polis mengerahkan tambahan 10 hingga 20% pegawai tahun ini, dengan lebih 50 pegawai akan menjalankan rondaan.

Secara keseluruhan, lebih 200 pegawai bertugas akan dikerahkan.

Ini termasuk pegawai-pegawai keselamatan Sentosa, polis bantuan dan polis pengawal pantai.

Buat pertama kalinya, penghadang kenderaan mudah alih dan konkrit akan turut digunakan di sekitar premis sambutan tahun baru itu.

Ini bagi mengelakkan sebarang serangan rempuhan.

Pihak penganjur juga akan menjalankan pemeriksaan beg.

Mereka yang bakal menghadiri acara tersebut dinasihati supaya tiba lebih awal, antara satu hingga dua jam, sebelum acara bermula pada jam enam petang.

Pihak Sentosa dan polis berkata langkah-langkah keselamatan diperketat selaras dengan iklim keselamatan global.  

Sumber : CNA/AZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan