Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah kawal kesesakan di Chinatown dipertingkat jelang Tahun Baru Cina

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, pihak berkuasa mungkin meningkatkan langkah-langkah untuk mengawal kesesakan orang ramai di kawasan Chinatown. Sejak pertengahan Januari, lebih ramai pegawai jarak selamat sudah dikerah meronda kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah kawal kesesakan di Chinatown dipertingkat jelang Tahun Baru Cina

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Jan 2021 07:48PM Dikemas Kini : 30 Jan 2021 07:49PM

SINGAPURA: Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, pihak berkuasa mungkin meningkatkan langkah-langkah untuk mengawal kesesakan orang ramai di kawasan Chinatown.

Sejak pertengahan Januari, lebih ramai pegawai jarak selamat sudah dikerah meronda kawasan itu.

Para peniaga di Chinatown berkata bilangan pelanggan bertambah 20 peratus daripada biasa. Oleh itu agak sukar untuk mematuhi peraturan jarak selamat.

Semasa kunjungan Mediacorp ke kawasan itu baru-baru ini, tiga pengawai jarak selamat dilihat mengarahkan orang ramai supaya memakai pelitup dengan betul.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pula menyeru orang ramai supaya datang berbelanja di Chinatown pada waktu-waktu kurang sibuk.

Mereka juga diingatkan agar sentiasa mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat.

Keadaan di pusat penjaja di atas pasar itu pula agak kurang sesak dan para pelanggan menjaga jarak selamat.

Begitu juga keadaannya di tempat-tempat lain di Chinatown.

Bagaimanapun pihak berkuasa menegaskan, sekiranya perlu, lebih banyak langkah akan dilaksanakan bagi mengawal kesesakan orang ramai. 

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan