Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah jaga jarak selamat dipertingkat di pasar raya; sistem pengurusan diuji

Langkah menjaga jarak selamat dipertingkatkan di pasar-pasar dengan sebuah pasar turut cuba menguji guna satu sistem untuk menguruskan orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2020 05:36PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 12:10AM

SINGAPURA: Langkah menjaga jarak selamat dipertingkatkan di pasar-pasar dengan sebuah pasar turut cuba menguji guna satu sistem untuk menguruskan orang ramai.

Para duta jarak selamat juga turun padang untuk mengingatkan orang ramai supaya menjaga jarak selamat mereka.

Ini sedang orang ramai berpusu-pusu ke pasar hari ini (4 Apr) menyusuli laporan tentang pembelian secara panik semalam.

Di pasar Chinatown, para pengunjung begitu ramai sehingga melebihi petanda-petanda yang bertujuan untuk menjaga jarak selamat.

Dengan waktu sibuk pagi dan bertambah pula dengan sikap perbelanjaan secara panik segenap masyarakat, para peruncit turut berkongsi agak sukar untuk menasihati orang ramai supaya mematuhi pendekatan jaga jarak selamat.

Namun begitu, para pegawai NEA dan duta jarak selamat dikerahkan untuk memastikan orang ramai memberi ruang antara satu sama lain.

Perkara yang sama turut disaksikan di sebuah pasar di Serangoon Gardens.

Pasar itu bagaimanapun mengambil satu lagi langkah dengan menggunakan sistem pengurusan orang ramai.

Sistem itu mengira saiz pasar berkenaan dan akan hanya membenarkan 130 pembeli pada satu-satu masa.

Para pegawai ditugaskan untuk memastikan peraturan berkenaan dipatuhi.

Dengan langkah itu, pergerakan orang ramai lebih teratur meskipun para peniaga mengongsikan bahawa penjualan mereka agak terjejas.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan