Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah cegah COVID-19 bagi pelajar yang ambil keputusan GCE A Jumaat depan

Keputusan peperiksaan peringkat GCE A akan dikeluarkan pada 21 Februari. Kesemua calon sekolah dan privet boleh mendapatkan keputusan mereka secara online, di tengah-tengah penularan penyakit virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Feb 2020 03:16PM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 11:58PM

SINGAPURA: Keputusan peperiksaan peringkat GCE A akan dikeluarkan pada 21 Februari. Kesemua calon sekolah dan privet boleh mendapatkan keputusan mereka secara online, di tengah-tengah penularan penyakit virus korona COVID-19, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (13 Feb).

Sebelum ini, hanya calon privet sahaja yang boleh mengakses keputusan mereka secara online manakala calon-calon sekolah pula harus hadir di sekolah untuk mendapatkan keputusan mereka.

Calon-calon sekolah boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing, daripada pukul 2.30 petang pada 21 Februari.

Namun menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh MOE, mereka mesti mengisytiharkan sejarah perjalanan mereka dan memeriksa suhu badan mereka sebelum tiba di sekolah.

Para pelajar tidak akan berhimpun di dewan sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan itu. Sebaliknya, mereka akan melakukan demikian dalam kumpulan kecil di bilik-bilik darjah.

Hanya para calon yang mengambil keputusan peperiksaan mereka akan dibenarkan masuk ke pekarangan sekolah, menurut MOE.

Mereka yang mahu mengakses keputusan mereka secara online boleh berbuat demikian daripada pukul 3.00 petang pada hari yang sama, menerusi laman Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).

Kementerian itu menekankan bahawa para calon yang berasa kurang sihat, ataupun di bawah arahan kuarantin atau cuti wajib pada 21 Februari, atau terjejas akibat sekatan perjalanan ke Singapura, tidak perlu melaporkan diri ke sekolah mereka.

Mereka boleh melihat keputusan peperiksaan mereka secara online manakala para calon privet pula akan dimaklumkan mengenai keputusan mereka menerusi kiriman pos.

Kertas keputusan dan sijil peperiksaan juga akan dikirimkan ke alamat rumah yang diberikan oleh para calon semasa tempoh pendaftaran, menurut kementerian itu lagi.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan