Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah baru terhadap penjual, pembekal kotak set antara pindaan Akta Hak Cipta

Langkah-langkah penguatkuasaan baru yang bertujuan untuk membasmi penggunaan kotak set untuk penstriman kandungan daripada sumber-sumber yang tidak diluluskan adalah antara pindaan yang diusulkan bagi Akta Hak Cipta, menurut Kementerian Undang-Undang pada Khamis (17 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2019 03:39PM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 10:03PM

SINGAPURA: Langkah-langkah penguatkuasaan baru yang bertujuan untuk membasmi penggunaan kotak set untuk penstriman kandungan daripada sumber-sumber yang tidak diluluskan adalah antara pindaan yang diusulkan bagi Akta Hak Cipta, menurut Kementerian Undang-Undang pada Khamis (17 Jan).

Kementerian tersebut sedang meminda Akta Hak Cipta lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Kementerian itu bersama dengan Jabatan Hak Intelektual Singapura (IPOS) pada Khamis mengeluarkan laporan yang menggariskan saranan-saranan yang diusulkan terhadap Akta itu, hasil semakan dan perbincangan dengan orang awam selama tiga tahun.

Antara pindaan itu termasuk pengiktirafan yang lebih baik bagi para pencipta, akses lebih mudah bagi bahan hak cipta untuk tujuan pendidikan dan menyokong pereka dan pengguna dalam pelesenan bagi karya-karya hak cipta terpelihara, menurut kementerian itu.

Laporan itu juga menyarankan langkah-langkah penguatkuasaan baru diperuntukkan bagi pemilik hak cipta mencegah penjual dan penyedia khidmat daripada "mengaut keuntungan dengan menyediakan akses kepada sumber yang tidak diluluskan" - seperti menerusi penjualan kotak set yang membolehkan akses sedemikian.

"Langkah-langkah yang tidak lagi wujud ini, menunjukkan dengan jelas tindakan seperti mengimport dan menjual peranti sedemikian dilarangkan," menurut kementerian itu.

Semasa sesi mengumpul maklum balas awam pada 2016, para responden termasuk penyedia kandungan dan penyiar siaran kabel menarik perhatian tentang betapa berleluasa kotak set sebegitu, menurut laporan berkenaan.

Kotak-kotak tersebut boleh diubah suai untuk memberi akses kepada kandungan-kandungan yang tidak diluluskan.

Sebagai sebahagian daripada pindaan yang diusulkan, peruntukan undang-undang itu akan diperkenalkan untuk mengenakan tindakan sivil dan jenayah ke atas pihak yang "secara sengaja menghasilkan, mengimport untuk jual, mengedar secara komersil atau menjual produk" yang boleh digunakan untuk mengakses kandungan audio-visual melalui sumber tidak diluluskan, menurut laporan itu lagi.

Ini merangkumi perkakas peranti dan aplikasi perisian.

Menurut laporan itu lagi, terdapat juga langkah-langkah untuk menangani pihak yang menyediakan khidmat untuk membolehkan alat-alat mengakses kandungan daripada sumber yang tidak diluluskan (seperti menyediakan pautan lelaman, arahan atau pemasangan khidmat langganan).

Pindaan terhadap Akta Hak Cipta akan "melengkapi" mekanisme sedia ada bagi menyekat "sumber online yang mencabulinya secara terang-terangan", menurut laporan itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan