Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langgar arahan Akta Perlindungan Daripada Gangguan? Anda boleh ditangkap

Mangsa-mangsa keganasan keluarga dan seksual di Singapura mungkin akan mendapat perlindungan lebih baik. Ini kerana sesiapa yang melanggar arahan di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan (POHA) mungkin ditangkap.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Nov 2018 09:23PM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 09:26PM

SINGAPURA: Mangsa-mangsa keganasan keluarga dan seksual di Singapura mungkin akan mendapat perlindungan lebih baik. Ini kerana sesiapa yang melanggar arahan di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan (POHA) mungkin ditangkap.

Proses itu sedang disemak oleh pihak berkuasa. Kementerian Undang-undang juga sedang meninjau untuk menyelaraskan pelbagai proses di bawah akta itu agar lebih cepat dan lebih cekap dari segi kos.

Menteri Undang-Undang K Shanmugam mengumumkan langkah-langkah itu semasa melancarkan kempen terbaru "Aim for Zero", anjuran AWARE. Kempen itu bertujuan menamatkan keganasan seksual dan meningkatkan sokongan bagi para mangsa.

Di acara pelancaran tersebut, 10 orang mangsa berkongsi pengalaman pahit mereka menjadi mangsa serangan dan gangguan seksual. Mereka berkongsi pengalaman itu secara terbuka agar dapat menggalakkan mangsa lain supaya turut bersuara.

Menurut Encik Shanmugam, dari maklum balas yang diterima mengenai POHA, ramai yang mahu proses pendakwaan dipercepat dan dipermudah agar mereka yang melakukan kesalahan sedemikan segera dikenakan hukuman. 

Sumber : CNA/SS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan