Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laman web SIA alami 'masalah teknikal' sejurus diumum laluan perjalanan orang divaksin

Laman Singapore Airlines (SIA) tidak dapat diakses sebentar pada Sabtu petang (9 Okt) setelah pengumuman bahawa Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) dilanjutkan ke beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Sepanyol dan Itali.

Anggaran Waktu Membaca:
Laman web SIA alami 'masalah teknikal' sejurus diumum laluan perjalanan orang divaksin

Petikan skrin laman SIA pada 9 Okt 2021.

Diterbitkan : 09 Oct 2021 04:22PM Dikemas Kini : 09 Oct 2021 04:25PM

SINGAPURA: Laman Singapore Airlines (SIA) tidak dapat diakses sebentar pada Sabtu petang (9 Okt) setelah pengumuman bahawa Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) dilanjutkan ke beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Sepanyol dan Itali.

"Laman kami mengalami masalah teknikal, dan kami sedang berusaha keras untuk memperbaikinya," menurut pesanan di laman utama SIA pada sekitar 3.00 petang. "Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul."

Sebelum itu, laman tersebut mengambil masa yang lama untuk diakses. Mediacorp sudah menghubungi SIA untuk mendapatkan ulasan.

Menteri Pengangkutan S Iswaran mengumumkan pada Sabtu bahawa Singapura akan melanjutkan skim VTL ke lapan negara di Eropah dan Amerika Utara - iaitu Kanada, Denmark, Perancis, Itali, Belanda, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Aturan itu membolehkan pelawat yang lengkap divaksin dari negara-negara tersebut memasuki Singapura tanpa perlu menjalani kuarantin, tertakluk kepada syarat seperti perlu menjalani ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) sebelum berangkat dan sebaik tiba.

Singapura sebelum ini memeterai VTL dengan Brunei dan Jerman, sementara satu lagi dengan Korea Selatan dijadualkan bermula pada 15 November.

Permohonan pas VTL bagi mereka yang melakukan perjalanan dari lapan negara yang baru diumumkan itu bermula pada 10.00 pagi (waktu Singapura), 12 Oktober, untuk masuk ke Singapura mulai 19 Oktober.

Bagi Korea Selatan, permohonan pas akan bermula pada 8 November,10.00 pagi (waktu Singapura), untuk masuk ke Singapura mulai 15 November.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan