Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laman guna komen palsu ESM Goh untuk pikat pelaburan Bitcoin: MAS

Sebuah laman palsu yang cuba memancing pelaburan dalam bentuk Bitcoin dengan menggunakan komen-komen palsu yang seolah-olah dikeluarkan oleh Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong. Ini menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang mengeluarkan nasihat pengguna pada Rabu (31 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Laman guna komen palsu ESM Goh untuk pikat pelaburan Bitcoin: MAS

(Gambar: MAS)

Diterbitkan : 31 Jul 2019 02:13PM Dikemas Kini : 31 Jul 2019 02:19PM

SINGAPURA: Sebuah laman palsu yang cuba memancing pelaburan dalam bentuk Bitcoin dengan menggunakan komen-komen palsu yang seolah-olah dikeluarkan oleh Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong. Ini menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang mengeluarkan nasihat pengguna pada Rabu (31 Jul).

Satu rencana di laman itu merujuk kepada kenyataan yang didakwa dibuat oleh ESM Goh, yang merupakan penasihat kanan MAS. Kenyataan-kenyataan itu "sama ada palsu, atau di luar konteks dan digunakan dengan cara yang mengelirukan," menurut MAS.

MAS menasihati orang ramai supaya "berhati-hati" dan mengelakkan daripada memberikan sebarang maklumat kewangan atau maklumat peribadi melalui borang-borang yang diterbitkan di laman itu.

"Sesiapa yang mengesyaki bahawa pelaburan itu mungkin palsu atau disalahgunakan bagi aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang mesti melaporkan kes-kes sedemikian kepada pihak polis," menurut pihak berkuasa.

Ini merupakan kes penipuan terbaru melibatkan penggunaan nama dan gambar-gambar menteri serta para individu terkenal untuk memikat pelaburan-pelaburan Bitcoin pada tahun lalu.

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam, yang juga adalah pengerusi MAS, turut mengalami kes-kes serupya yang mengaitkan dirinya, menurut MAS dalam satu kenyataan media September lalu.

Menurut kenyataan itu, menteri berkenaan pernah mengatakan di Parlimen bahawa rakyat Singapura "boleh menjadi muflis akibat penipuan sedemikian", sekaligus menekankan risiko tinggi yang melibatkan pelaburan seumpama itu.

Lebih banyak maklumat mengenai mata wang kripto dan pelaburan-pelaburan berkaitan boleh didapatkan melalui laman MoneySense. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan