Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laluan VTL M'sia-S'pura dibuka rasmi hari ini

 Pembukaan sempadan Laluan Perjalanan Penumpang Divaksin (VTL) melalui laluan udara dan darat antara Malaysia dan Singapura bermula secara rasmi hari ini (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Laluan VTL M'sia-S'pura dibuka rasmi hari ini

Suasana di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pada pagi 29 Nov 2021 sedang VTL antara Singapura dengan Malaysia dilancarkan. (Gambar: Zhaki Abdullah)

Diterbitkan : 29 Nov 2021 08:06AM Dikemas Kini : 29 Nov 2021 08:09AM

KUALA LUMPUR & SINGAPURA: Pembukaan sempadan Laluan Perjalanan Penumpang Divaksin (VTL) melalui laluan udara dan darat antara Malaysia dan Singapura bermula secara rasmi hari ini (29 Nov).

Seiring dengan perkembangan tersebut, Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura hari ini bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Encik Ismail Sabri dijadual akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Halimah Yacob dan bermesyuarat dengan rakan sejawatannya PM Lee.

Kedua-dua pemimpin akan berbincang mengenai kerjasama dua hala Malaysia-Singapura termasuk mengenai peluang-peluang kerjasama baru, terutama dalam usaha pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19.

Kedua-dua Perdana Menteri juga akan saling bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Lawatan itu diadakan dengan pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh pemerintah Malaysia dan Singapura.

Encik Ismail Sabri akan diiringi oleh Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Menteri Besar Johor Hasni Mohammad serta para pegawai kerajaan daripada kementerian dan agensi yang berkaitan.

VTL merupakan mekanisme yang dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura yang dijangka akan memudahkan rakyat kedua-dua negara untuk pulang tanpa menjalani kuarantin.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan