Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laluan MRT Daerah Jurong dibuka bertahap-tahap dari 2026

Laluan Daerah Jurong (JRL) yang baru, iaitu laluan MRT ketujuh Singapura, akan beroperasi pada tiga tahap bermula 2026, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan hari ini (9 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Laluan MRT Daerah Jurong dibuka bertahap-tahap dari 2026

Pelancaran Laluan Daerah Jurong oleh Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 09 May 2018 11:56AM Dikemas Kini : 09 May 2018 12:01PM

SINGAPURA: Laluan Daerah Jurong (JRL) yang baru, iaitu laluan MRT ketujuh Singapura, akan beroperasi pada tiga tahap bermula 2026, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan hari ini (9 Mei).

JRL akan meliputi jarak 24 kilometer dengan 24 stesen di atas darat, kata beliau, yang turut menambah bahawa ia akan menghubungkan Laluan Utara-Selatan dan Laluan Timur-Barat di stesen-stesen pertukaran Choa Chu Kang dan Boon Lay.

Bercakap semasa lawatannya ke tapak binaan stesen MRT Canberra di Laluan Utara-Selatan, Encik Khaw berkata bahawa JRL akan mempertingkatkan kecekapan seluruh jaringan MRT dan menyediakan para penumpang dengan laluan perjalanan alternatif.

"Ini akan membantu dan mengurangkan kesesakan di dalam kereta api antara stesen Choa Chu Kang dengan Jurong East, supaya para penumpang boleh menikmati perjalanan yang lebih selesa," kata Encik Khaw.

Beliau turut berkata bahawa JRL akan membangunkan Daerah Tasik Jurong sebagai hab komersil terbesar di luar kawasan tengah bandar. Ia juga akan menyokong pembangunan Daerah Inovasi Jurong sebagai estet perindustrian generasi akan datang.

"Dengan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura, para penumpang akan dapat terhubung dengan mudah bukan sahaja di daerah barat Singapura tetapi juga ke Malaysia. Apabila semua rancangan ini terlaksana, Jurong akan menjadi hab perniagaan di pesisir di tengah-tengah kawasan menghijau dan mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang baik, juga kemudahan untuk menyokong pergerakan aktif. Inilah visi kami untuk Jurong," kata beliau.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan