Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laluan blok perkuburan 'tidak aktif' dihadang, sejajar garis pandu COVID-19: NEA

Penghadang jalan telah dipasang di laluan-laluan menghala ke blok-blok tanah perkuburan 'tidak aktif' kerana ia ditutup untuk lawatan, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Sabtu (23 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penghadang jalan telah dipasang di laluan-laluan menghala ke blok-blok tanah perkuburan 'tidak aktif' kerana ia ditutup untuk lawatan, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Sabtu (23 Mei).

Agensi itu menyatakan demikian sebagai menjelaskan tentang satu video yang menurutnya dikongsi secara online baru-baru ini mengenai kunjungan ke tanah perkuburan Cina dan Islam di Choa Chu Kang.

Agensi itu menjelaskan, berpandukan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian, lawatan ke tanah perkuburan Choa Chu Kang tidak dibenarkan semasa tempoh ini dan akses hanya dibuka untuk pengebumian.

"Oleh itu, kami meletakkan hadangan di laluan menuju ke blok perkuburan tidak aktif kerana ia tidak boleh dilawati. Laluan dan jalan raya ke blok perkuburan yang aktif masih dibuka, tidak kira tanah perkuburan mana," menurut NEA dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (23 Mei).

Bulan lalu NEA menjelaskan bahawa tanah perkuburan dibuka hanya untuk tujuan pengebumian di tengah-tengah tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19. Dalam tempoh ini juga, kunjungan ke tanah perkuburan untuk tujuan lain tidak dibenarkan.

Dalam catatannya hari ini, NEA menulis: "Kami faham ramai rindu melawat kubur orang yang disayangi, tetapi kita perlu kekal bersatu untuk #FightCOVID19 (menentang COVID-19).

"Kami berharap untuk membuka semula kawasan perkuburan apabila keadaan sudah selamat. Elakkan juga memuat naik spekulasi online".

Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Tanah Perkuburan di talian 6793 7428 (waktu pejabat), menghubungi NEA menerusi Borang Maklum Balas Online atau menggunakan aplikasi mudah alih myENV untuk sebarang pertanyaan berhubung khidmat pengebumian dan persemadian semasa tempoh ini.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan