Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lakukan perbuatan seks dengan budak 14 tahun, lelaki dihukum penjara

Setelah berkenalan dengan seorang gadis berusia 14 tahun di Instagram, seorang lelaki berusia 23 tahun menunggunya di sekolahnya dan menjemputnya beberapa kali sebelum melakukan perbuatan seks dengannya di sebuah kelab masyarakat berdekatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lakukan perbuatan seks dengan budak 14 tahun, lelaki dihukum penjara

(Gambar hiasan: Ekaterina Bolovtsova/Pexels)

Diterbitkan : 12 Oct 2021 12:23PM Dikemas Kini : 12 Oct 2021 12:25PM

SINGAPURA: Setelah berkenalan dengan seorang gadis berusia 14 tahun di Instagram, seorang lelaki berusia 23 tahun menunggunya di sekolahnya dan menjemputnya beberapa kali sebelum melakukan perbuatan seks dengannya di sebuah kelab masyarakat berdekatan.

Zeri Adli Saiful Rijal, kini 26 tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada Isnin (11 Okt). Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan hubungan seks menerusi penembusan terhadap seorang kanak-kanak bawah umur. Pertuduhan ketiga, iaitu memiliki video lucah, dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Zeri sedang menjalani perkhidmatan negara ketika melakukan kesalahan tersebut pada awal 2019.

Dia berkenalan dengan mangsa, seorang pelajar Menengah 3, di Instagram. Remaja itu memberitahu Zeri bahawa dia berusia 14 tahun, dan nama sekolahnya.

Dua minggu selepas itu, mereka memutuskan untuk bertemu. Pada Januari 2019, Zeri menuju ke pintu pagar sekolah remaja itu dan menunggunya habis sekolah.

Mereka kemudian pergi ke pusat beli belah di mana mereka berbual dan berpelukan di taman atas bumbung sebelum pulang.

Tiga hari kemudian, Zeri pergi ke sekolah remaja itu dan menunggunya lagi. Dia membawanya ke pusat beli belah untuk makan tengah hari sebelum mencadangkan mereka pergi ke tempat yang sunyi.

Dia membawanya ke tangga terpencil di sebuah kelab masyarakat, di mana dia mula mencium remaja itu. Dia kemudian mendedahkan bahagian sulitnya dan meminta remaja itu untuk melakukan perbuatan seks ke atasnya.

Remaja itu mematuhinya dan Zeri kemudian melakukan perbuatan seks ke atasnya. Kemudian, mereka memakai semula pakaian dan pulang secara berasingan.

Pasangan ini bertemu lagi buat beberapa kali selepas pertemuan ini, tetapi tidak melakukan sebarang perbuatan seks.

Pada 16 April 2019, mangsa pulang lewat. Ibu remaja itu semakin curiga tentang apa dilakukan selepas waktu sekolah dan bertanya kepadanya.

Remaja itu memberitahu ibunya mengenai Zeri dan ibunya memeriksa telefonnya. Mangsa memberitahu ibunya bahawa dia melakukan perbuatan seks dengan Zeri dan ibunya membuat aduan polis.

Atas setiap tuduhan melakukan hubungan seks menerusi penembusan dengan individu di bawah umur, Zeri boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan