Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laksamana Pertama Federick Chew akan dilantik pegawai ketua eksekutif A*STAR

Laksamana Pertama (RADM) Federick Chew akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) mulai 1 Apr, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (1 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Laksamana Pertama Federick Chew akan dilantik pegawai ketua eksekutif A*STAR

Laksama Muda Federick Chew. (Gambar: Kementerian Perdagangan dan Perusahaan)

Diterbitkan : 01 Feb 2019 11:19PM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 12:21AM

SINGAPURA: Laksamana Pertama (RADM) Federick Chew akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) mulai 1 Apr, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (1 Feb).

Sebagai CEO, RADM Chew akan memegang jawatan ketua eksekutif dan tanggungjawab A*STAR.

Ini termasuk merancang matlamat strategik agensi, memacu pelaksanaan strategi-strategi, bekerjasama dengan pemegang taruh utama pemerintah dan industri, serta membangunkan keupayaan pertubuhan A*STAR, menurut kementerian itu.

Encik Federick Chew, yang berusia 43 tahun kini Timbalan Setiausaha (Teknologi) di Kementerian Pertahanan (MINDEF) - jawatan yang akan dipegang beliau sehingga separuh tahun ini.

Sebelum ini, beliau memegang beberapa jawatan utama lain di MINDEF dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), termasuk pengarah bagi beberapa operasi bersama, komando Pasukan Bertindak Keselamatan Maritim dan ketua pelan maritim.

Sebagai Timbalan Setiausaha (Teknologi) di MINDEF, RADM Chew "memainkan peranan penting" dalam meningkatkan ekosistem teknologi pertahanan, terutamanya mengukuhkan kerjasama MINDEF dengan industri, menurut MTI.

Selaku pengarah operasi bersama, RADM Chew mengukuhkan rancangan operasi, tindak balas cepat dan hubungan dalaman bagi SAF, tambahnya.

Beliau turut mengetuai pasukan-pasukan tugas SAF yang dikerahkan ke Teluk Aden di bawah Operation Blue Sapphire pada 2011 dan 2012.

CEO A*STAR baru itu kini ahli lembaga Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan DSO National Laboratories. Beliau juga akan dilantik ahli lembaga A*STAR mulai 1 Apr.

MTI sebelum ini mengumumkan bahawa Cik Chan Lai Fung, Setiausaha Tetap (Pendidikan), akan dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif A*STAR pada 1 Apr.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan