Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laksamana Muda Peter Bager terima anugerah kukuh kerjasama teknologi S'pura-Sweden

Mantan Penasihat Khas kepada Kementerian Pertahanan Sweden, Laksamana Muda Peter Bager, menerima anugerah 'rakan pertahanan' yang disampaikan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Apr 2018 09:12PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 09:23PM

SINGAPURA: Mantan Penasihat Khas kepada Kementerian Pertahanan Sweden, Laksamana Muda Peter Bager, menerima anugerah 'rakan pertahanan' yang disampaikan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Anugerah itu sebagai menghargai sumbangan beliau terhadap usaha mengukuhkan kerjasama teknologi yang menjadi tunggak hubungan dua hala Singapura dengan Sweden.

Sebagai Penasihat Khas Sweden dari 2013 hingga 2016, Laksamana Bager bertanggungjawab menyelaraskan sokongan teknikal dan perkongsian kepakaran bagi kapal-kapal selam Angkatan Tentera Laut Singapura.

Beliau juga mempengerusikan bersama Mesyuarat Kajian dan Pengembangan Sweden-Singapura. 

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan