Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagu tema NDP 2018 selitkan ucapan mendiang LKY, pernah dipopularkan pada 1987

'Kitalah Singapura'. Demikian cogan kata bagi kedua-dua tema dan logo Perbarisan Hari Kebangsaan, NDP, tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 'Kitalah Singapura'. Demikian cogan kata bagi kedua-dua tema dan logo Perbarisan Hari Kebangsaan, NDP, tahun ini.

Ia dipetik daripada sebuah lagu ikonik Hari Kebangsaan yang dikarang lebih 30 tahun lalu kemudian diberi nafas segar sejajar arus kemodenan negara.

Lagu yang diberi nafas baru ini dikarang Charlie Lim. Ia beralunan moden dengan selitan bait-bait lirik yang baru.

Dengan itu, lagu tema NDP tahun ini mungkin tidak akan kedengaran asing kerana ia sebenarnya adalah versi yang diperbaharui dari versi aslinya pada Hari Kebangsaan 1987.

Malah, di sebalik lagu ini sebenarnya tersirat ucapan Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, kepada para pengetua sekolah pada 1966.

"Lagu tema 'We Are Singapore' juga ingin menunjukkan gabungan harmoni antara generasi yang lama dan juga generasi masa kini. Matlamat NDP 2018 adalah untuk memberi inspirasi kepada rakyat Singapura untuk mencapai cita-cita kita dan membina masa depan yang lebih cerah untuk Singapura secara bersama," kata jurucakap NDP 2018, Kapten Ikhtiaruddin Iman Mustafa.

LOGO, SAMBUTAN NDP 2018

Logo tahun ini juga merupakan sebuah tipografi tema 'Kitalah Singapura'.

Perbarisan Hari Kebangsaan 2018 akan diadakan di Pentas Terapung Marina Bay dengan menampilkan beberapa persembahan ikonik kegemaran ramai seperti koir gabungan sekolah-sekolah. Buat julung-julung kalinya juga, penyelam tempur tentera laut akan bergabung tenaga dengan Singa Merah bagi acara terjun bebas ke air.

Segmen upacara dan perbarisan pula bakal melibatkan jumlah peserta tertinggi serta menyaksikan pertunjukan tatu tentera, gabungan yang terbesar tahun ini.

Warga Singapura dan Penduduk Tetap boleh membuat permohonan bagi tiket untuk dua pertunjukan pratonton serta Perbarisan Hari Kebangsaan di laman web NDP mulai esok (22 Mei) hingga 3 Jun.

Kali ini, Jawatankuasa NDP turut menjanjikan pertunjukan udara dipertingkat sempena sambutan ulang tahun ke-50 Angkatan Udara Singapura (RSAF). 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan