Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi kes baru disyaki jangkitan virus Wuhan disiasat di S'pura

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Sabtu (18 Jan) seorang lelaki 52 tahun yang mengalami radang paru-paru dimasukkan ke hospital kerana beliau pernah ke bandar Wuhan di China.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jan 2020 08:02PM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 11:42AM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Sabtu (18 Jan) seorang lelaki 52 tahun yang mengalami radang paru-paru dimasukkan ke hospital kerana beliau pernah ke bandar Wuhan di China.

Lelaki itu kini dalam keadaan mantap.

MOH menyatakan lelaki tersebut bagaimanapun tidak pergi ke pasar borong makanan laut Huanan yang dipercayai menjadi punca penularan radang paru-paru di Wuhan akibat sejenis virus corona baru.

Lelaki itu adalah orang keenam di negara ini yang disyaki dijangkiti virus tersebut.

Bagaimanapun, MOH menyatakan lima pesakit yang disyaki sebelum ini disahkan tidak menghidapi radang paru-paru Wuhan itu.

MOH menyatakan pihaknya akan memantau keadaannya dengan teliti dan menasihati orang ramai supaya terus berwaspada.

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan