Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 515 pesakit COVID-19 di S'pura sembuh; 1 kes import libatkan PR S'pura

Lagi 515 pesakit COVID-19 dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini pada Selasa (30 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 515 pesakit COVID-19 di S'pura sembuh; 1 kes import libatkan PR S'pura

(Gambar: Ili Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 01 Jul 2020 01:09AM Dikemas Kini : 01 Jul 2020 01:11AM

SINGAPURA: Lagi 515 pesakit COVID-19 dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini pada Selasa (30 Jun).

Ini membawa jumlah keseluruhan pesakit virus korona yang sudah pulih kepada 38,500, menurut kementerian itu.

Sebanyak 215 kes disahkan masih berada di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau beransur pulih. Seorang pesakit dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Lagi 5,166 pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Setakat sehingga 12.00tengah hari Selasa, Singapura melaporkan 246 kes baru COVID-19, termasuk satu kes import.

Ini menjadikan jumlah terkumpul kes virus korona di sini sebanyak 43,907.

MOH turut mendedahkan terdapat enam kes jangkitan dalam masyarakat. Namun satu kes diklasifikasikan semula sebagai kes import setelah pengesanan kontak dijalankan.

Menurut MOH, kes import itu melibatkan seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari India pada 24 Jun.

Dia dikenakan notis jangan keluar rumah sejurus tiba di Singapura dan dibawa ke kemudahan yang ditetapkan untuk diasingkan selama 14 hari, menurut MOH. Dia mula menunjukkan gejala semasa tempoh jangan keluar rumah.

Lima lagi kes yang dilaporkan hari ini adalah jangkitan dalam masyarakat, merangkumi dua rakyat Singapura dan tiga pemegang permit kerja.

Dalam kalangan dua rakyat Singapura itu, satu daripada mereka dikesan menerusi pemeriksaan proaktif kakitangan barisan hadapan operasi COVID-19, meskipun beliau tidak menunjukkan gejala.

Siasatan epidemiologi sedang dijalankan bagi lagi satu kes rakyat Singapura, menurut MOH.

Dalam kalangan tiga pemegang permit kerja pula, dua menjalani ujian swab sebagai sebahagian daripada saringan MOH ke atas pekerja khidmat penting.

Baki kes tidak menunjukkan gejala, dia tetap diuji kerana merupakan kakitangan barisan hadapan operasi COVID-19.

240 kes baru yang dilaporkan hari ini adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori.

MOH juga melaporkan lima tempat baru yang dikunjungi kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Lokasi-lokasi baru itu adalah: Pasar dan Pusat Makanan Marsiling Lane, pasar raya Sheng Siong di 506 Tampines Central 1, One Supermarket di 201B Tampines Street 21, kedai kopi Chang Cheng Mee Wah di Northlink Building di 10 Admiralty Street dan cawangan McDonald's Tampines Mart di 5 Tampines Street 32​​​​​​​.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan