Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 5 kes COVID-19 terkait kelompok TTSH

Lima kes baru dalam masyarakat adalah antara 17 jangkitan baru COVID-19 yang dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari Selasa (4 Mei), dedah Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 5 kes COVID-19 terkait kelompok TTSH

(Gambar: Raj Nadarajan / TODAY)

Diterbitkan : 04 May 2021 04:39PM Dikemas Kini : 04 May 2021 04:41PM

SINGAPURA: Lima kes baru dalam masyarakat adalah antara 17 jangkitan baru COVID-19 yang dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari Selasa (4 Mei), dedah Kementerian Kesihatan (MOH).

Semua kes itu dikesan menerusi ujian proaktif terhadap pesakit, pelawat dan anggota kakitangan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) atau kontak rapat mereka, dan sudah dikuarantin, tambah kementerian itu.

Baki 12 adalah kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, menurut kementerian itu dalam kemas kini awal hariannya.

Tiada kes baru dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.

Perincian kes baru akan dikeluarkan pada Selasa malam, tambah MOH.

Kesemua hospital di Singapura diminta menunda pembedahan dan kemasukan yang tidak mendesak demi menjimatkan sumber dalam sektor penjagaan kesihatan di tengah-tengah peningkatan kes masyarakat dan di TTSH, dedah MOH pada Isnin.

Kementerian itu menyatakan pihaknya sedang bekerjasama dengan semua hospital awam dan privet untuk memastikan pesakit yang memerlukan rawatan akan terus menerimanya.

"Komuniti kesihatan juga bekerjasama untuk mendapatkan lebih banyak katil bagi menguruskan kemungkinan peningkatan kes COVID-19," menurut MOH lagi. Ia menambah bahawa hospital-hospital juga diminta untuk menangguhkan janji temu klinik pesakit luar yang tidak mendesak.

Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Koh Poh Koon memberi jaminan bahawa tiada hospital yang menolak rawatan perubatan kepada pesakit yang memerlukannya, walaupun pihak hospital mungkin menetapkan kriteria lebih ketat untuk pengunjung.

Mungkin juga ada masa menunggu yang lebih lama ketika hospital lain tampil menyokong TTSH, katanya dalam catatan Facebook pada Selasa.

"Kepada semua kakitangan TTSH kami, terima kasih atas kerja keras dan usaha anda dalam terus merawat pesakit anda, meskipun di tengah keadaan yang mencabar yang sedang anda hadapi," kata Dr Koh.

Sehingga Selasa, Singapura melaporkan sejumlah 61,252 kes COVID-19 dan 31 kematian akibat penyakit ini.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan