Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 3 lelaki didakwa dalam kes curi minyak dari Shell

Lagi tiga lelaki didakwa pagi ini (13 Jan) berhubung kes pencurian minyak dari loji Shell di Pulau Bukom.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2018 11:16AM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 09:48PM

SINGAPURA: Lagi tiga lelaki didakwa pagi ini (13 Jan) berhubung kes pencurian minyak dari loji Shell di Pulau Bukom.

Dua rakyat Singapura - Alan Tan Cheng Chuan, 45 tahun dan Ng Hock Teck, 54 tahun masing-masing berdepan satu pertuduhan tidak jujur menerima harta curian di loji tersebut pada 11 November 2017.

Kedua-duanya, yang bukan kakitangan Shell, didakwa menerima 300 tan metrik minyak bernilai $160,000.

Menurut kertas tuduhan terhadap mereka, minyak itu dipindahkan ke sebuah kapal yang berdaftar di Singapura, iaitu Santek 26.

Individu ketiga, seorang warga Vietnam, dituduh menerima 1348.8 tan metrik minyak bernilai $736,444.80 pada 31 Disember 2017.

Doan Xuan Than, 45 tahun, didakwa menerima minyak curian tersebut di sebuah kapal yang berdaftar di Panama, MT Gaea.

Ketiga-tiga lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah pada 18 Januari.

Sembilan rakyat Singapura dan dua warga Vietnam didakwa atas kaitan mereka dengan tiga insiden pencurian minyak pada bulan November tahun lalu, pada 5 Januari dan 7 Januari tahun ini.

Sekitar 4,384 tan metrik minyak, bernilai $2.4 juta, dicuri dari loji tersebut, yang merupakan loji Shell paling besar di dunia.

Semua 11 lelaki itu diberkas pada 7 Januari apabila loji tersebut diserbu oleh pihak berkuasa, yang merampas wang tunai sebanyak $3.05 juta dan kapal tangki minyak seberat 12,000 tan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan