Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ladang bandar bantu petani, usahawan teroka inovasi

Pemerintah sedang menimbangkan untuk meletakkan para petani bandar dan para usahawan dalam tempat yang sama bagi membantu membangunkan penyelesaian inovatif.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jun 2018 07:43PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 09:43PM

SINGAPURA: Pemerintah sedang menimbangkan untuk meletakkan para petani bandar dan para usahawan dalam tempat yang sama bagi membantu membangunkan penyelesaian inovatif.

Ini didedahkan Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan Perusahaan Dr Koh Poh Koon.

Makmal kajian dan pengembangan itu terletak di tengah-tengah kompleks syarikat pemula.

Berbanding kebanyakan jirannya yang terletak di JTC LaunchPad@ one-north, peranannya bukan bagi membangun aplikasi masa depan.

Namun, ia adalah ladang bandar bagi meneroka inovasi dalam pertanian.

Hasilnya, buah strawberi yang pertama ditanam di Singapura.

Ladang menegak itu menanam buah-buahan dalam persekitaran hidroponik yang terkawal.

Ini dengan menggunakan lampu-lampu LED dengan gelombang panjang berbeza, serta huraian nutrien dari tangki-tangki.

Ladang menegak tersebut juga bekerjasama dengan sebuah syarikat huraian robotik untuk membantu pembenihan dan proses pemindahan.

Dalam lawatannya ke sebuah makmal, Dr Koh berkata pemerintah akan terus menyokong petani bandar dalam membangun huraian bersama para pemain industri.

Selain strawberi, ladang menegak berkenaan juga menghasilkan sayuran seperti kale dan arugula.

Ia juga merancang untuk meluaskan kepada produk-produk lebih baru dan manis.

Kemudahan seluas 92 meter persegi itu menyasarkan untuk membangun inovasi teknologi pertanian baru.

Sumber : CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan