Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kutipan derma President's Star Charity akan disalurkan kepada 72 badan amal

 Acara mengumpul dana Mediacorp, President's Star Charity akan berlangsung dua minggu lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Sep 2020 08:01PM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 08:56PM

SINGAPURA: Acara mengumpul dana Mediacorp, President's Star Charity akan berlangsung dua minggu lagi.

Tahun lalu, acara tahunan Cabaran Presiden berjaya mengumpulkan jumlah rekod S$10.5 juta.

Kali ini, jika anda ingin membuat sumbangan, talian derma tidak lagi disediakan.

Sebaliknya, anda perlu menggunakan kaedah bayaran digital.

Sumbangan derma akan diterima menerusi PayNow sehingga 11 Oktober depan.

Orang ramai digalakkan untuk mengimbas Kod QR ini yang akan ditayangkan semasa siaran langsung President's Star Charity.

Anda juga boleh membuat derma menerusi laman giving dot sg.

Kempen digital tersebut selaras dengan usaha Singapura untuk memperluaskan penggunaan e-bayaran.

Bank UOB dan pasar raya Sheng Siong juga membuat sumbangan dengan meningkatkan kesedaran tentang kempen amal President's Star Charity.

Usaha demikian juga sejajar dengan tema Cabaran Presiden tahun depan iaitu penglibatan digital.

Presiden Halimah Yacob akan menjadi tetamu terhormat.

Antara bintang-bintang yang bakal membuat penampilan termasuk biduanita veteran Rahimah Rahim dan penyanyi terkenal Indonesia, Rossa.

Hasil kutipan derma akan disalurkan kepada 72 badan amal yang disokong Cabaran Presiden.

Anda boleh menyaksikan siaran langsung acara itu di Saluran 5 dan meWatch.

Sumber : CNA/ZK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan