Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kursus pakar baru dilancar dalam bidang perundingan keselamatan

Pusat bagi Keselamatan Perlindungan yang merupakan bahagian penilaian risiko Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) kini diletakkan di bawah pengurusan Polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2019 09:42PM Dikemas Kini : 12 Jul 2019 09:52PM

SINGAPURA: Pusat bagi Keselamatan Perlindungan yang merupakan bahagian penilaian risiko Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) kini diletakkan di bawah pengurusan Polis.

Langkah itu sebahagian daripada usaha untuk menggabungkan kepakaran dan meningkatkan landskap keselamatan Singapura di bawah Pelan Transformasi Industri (ITM) Keselamatan.

Satu kursus pakar baru dilancarkan bagi menyokong perubahan itu.

Seramai 40 kakitangan keselamatan komersil mengambil diploma spesialis dalam perundingan keselamatan itu.

Kursus diploma selama setahun itu diadakan oleh Polis dan Politeknik Temasek.

Kursus itu menyokong undang-undang baru yang dikuatkuasakan pada Disember lalu.

Ia memerlukan pelan keselamatan bagi infrastruktur kritikal seperti hospital dan stesen-stesen janakuasa disediakan oleh konsultan keselamatan bertauliah.

Tugas itu melibatkan bidang-bidang seperti merancang penempatan kamera litar tertutup (CCTV) dan palang bollard.

Buat masa ini, terdapat hanya 53 individu yang bertauliah untuk melakukan tugas itu.

Selain membantu menambah bakat-bakat yang ada, diploma tersebut itu juga akan menggandakan jumlah penggambilan pelajar tahun depan.

Pusat bagi Keselamatan Perlindungan itu juga sedang meneroka bidang-bidang lain seperti mengukuhkan ekosistem keselamatan.

Pusat itu merancang mengadakan kelas-kelas bagi membantu pemilik-pemilik bangunan memperbaiki piawai keselamatan.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan