Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kurma, minuman percuma untuk berbuka di 60 cawangan NTUC FairPrice

Mulai Selasa (12 Apr), 60 pasar raya NTUC FairPrice akan menyediakan botol-botol minuman seperti Milo bersama kurma atau snek secara percuma buat pelanggan Muslimnya berbuka puasa.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mulai Selasa (12 Apr), 60 pasar raya NTUC FairPrice akan menyediakan botol-botol minuman seperti Milo bersama kurma atau snek secara percuma buat pelanggan Muslimnya berbuka puasa.

(Gambar: Kumpulan FairPrice)

(Gambar: Kumpulan FairPrice)

Ini tahun ke-13 pasar raya itu menawarkan makanan dan minuman berbuka percuma.

Para pelanggan boleh meminta makanan dan minuman berbuka itu dari kakitangan yang bertugas 30 minit sebelum dan sesudah waktu berbuka, selagi stok masih ada, menurut NTUC Fairprice. Usaha ini diadakan sepanjang Ramadan dari 13 April hingga 12 Mei 2021.

Jika tahun lalu 58 cawangannya menawarkan khidmat itu, kali ini 60 cawangan NTUC FairPrice akan menawarkan makanan dan minuman percuma itu sepanjang bulan Ramadan.

"Kami mahu menyambut Ramadan bersama semua pelanggan Muslim kami. Pertama, ia sebenarnya untuk menjaga pelanggan Muslim kami. Kedua, ia memberikan pemahaman yang lebih baik kepada masyarakat yang lain tentang erti Ramadan,"kata Encik Seah Kian Peng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FairPrice.

PILIHAN ANTARABANGSA, PENUHI CITARASA MASYARAKAT MELAYU

Selain daripada itu, NTUC FairPrice mendedahkan, ia kini menawarkan hampir 7,200 jenis produk halal di pelbagai cawangannya di serata negara.

Ini pertambahan sekitar 1,500 jenis produk halal atau 25 peratus lebih banyak berbanding setahun lalu.

Makanan-makanan halal kering dan basah yang dibawa masuk berasal dari 10 negara iaitu Australia, Brazil, Indonesia, Itali, Malaysia, New Zealand, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat and Vietnam.

Memberikan pendapatnya terhadap cita rasa masyarakat, Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamad berkata: "Kita juga melihat mungkin masyarakat Melayu/Islam kita lebih progresif sekarang untuk menginginkan produk-produk yang ingin didapati di merata dunia yang kian halal."

LORONG 'HALAL' KHUSUS DI 36 CAWANGAN NTUC

Bukan itu sahaja, sebanyak 36 cawangan NTUC Fairprice turut memperkenalkan lorong khusus yang menjual barangan makanan halal sahaja sempena Ramadan ini.

"Saya rasa lagi sesuailah macam ini. Jadi senanglah tak payah nak pusing-pusing, buang masa apa semua kan. Jadi khas dekat sini jadi kita terus langsung saja tuju saja tempat ini," kata Cik Maishitah.

Bagi pelanggan bernama Cik Ramlah Awang pula, dia punya satu cadangan untuk pasar raya itu demi lebih menyenangkan pelanggan warga emas: "Kalau dikhaskan yang halal dengan yang tak halal, lagi baik, lagi senang kita cari.

"Kita tak payah pergi semua daerah, semua kawasan dan mencari ke mana-mana."

(Gambar fail masyarakat Melayu di pasar raya)

Sebanyak 26 cawangannya pula mempunyai sudut halal menjual makanan delikatesen segar dan panas.

SOKONGAN MURNI FAIRPRICE TERHADAP YAYASAN MENDAKI SEJAK 7 TAHUN

Sempena bulan puasa ini juga, Yayasan FairPrice menderma S$20,000 kepada Dana Amanah Pendidikan (ETF) Yayasan MENDAKI bagi menyokong pendidikan kanak-kanak dan keluarga berpendapatan rendah.

Di samping itu juga, 100 keluarga berpendapatan rendah bakal menerima sebuah hamper berisi keperluan Ramadan dan makanan kering dari Yayasan NTUC.

Ini tahun ketujuh yayasan itu mengeluarkan bantuan sedemikian kepada MENDAKI. Sepanjang tempoh itu, Yayasan NTUC sudah menderma lebih S$360,000 kesemuanya kepada MENDAKI.

Ketua Pegawai Eksekutif MENDAKI, Cik Zuraidah Abdullah, berkata "Sumbangan berterusan FairPrice selama ini memainkan peranan penting untuk membantu kami menampung kos program-program dan inisiatif kepada masyarakat. Sumbangan ini sangat membantu para pelajar dan belia dengan keperluan pendidikan khususnya dalam masa-masa mencabar ini."

Senarai cawangan-cawangan NTUC Fairprice dengan pengagihan minuman dan kurma percuma dari 13 April - 12 Mei 2021:

Joo Chiat Complex
Our Tampines Hub
Tampines Mall
Jurong Point #03-01
Jurong Point #B1-09
JEM
Bedok North St 1 Blk 212
Northpoint City
Downtown East
Bedok Mall Finest
Changi Airport T3
Waterway Point
Kampung Admiralty
Ang Mo Kio Hub
Eastpoint
Lot 1 Shoppers’ Mall
Hillion Mall
White Sands Shopping Centre     
NEX Mall
Yishun MRT
West Coast Drive
Sports Hub
Woodlands 888
Jurong East
Marsiling MRT
Bukit Panjang Plaza
Singapore Post
Changi City Point Finest
Toa Payoh HDB Hub
Parkway Parade

Sun Plaza
Boon Lay Shopping Complex
Clementi Mall Finest
Changi Business Park
Yew Tee Point
Tampines Street 44
Clementi Avenue 3
Kang Kar Mall
Ang Mo Kio Ave 6 Blk 712
City Square Mall
Hougang Point
Pasir Ris West Plaza
Jurong West Street 41
Vivo City
Woodlands Civic Centre
Khatib
Tampines Community Centre
Tekka Place
Tampines Street 11 Blk 107
Bedok Reservoir
Tampines Street 11 Blk 138
Yishun Ring
Limbang
Jurong East Blk 345
Woodlands Avenue 1
Bedok North Street 4
New Upper Changi
Jurong East Blk 249
Warehouse Club
Canberra Plaza


Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan