Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kurikulum baru di sekolah beri lebih tumpuan kepada sokongan kesihatan mental: MOE

Pendidikan menyediakan seseorang pelajar untuk menjalani kehidupan, bukan setakat dalam bidang akademik.

Anggaran Waktu Membaca:
Kurikulum baru di sekolah beri lebih tumpuan kepada sokongan kesihatan mental: MOE

Suasana di Sekolah Rendah Farrer Park. (Gambar: Ang Hwee Min)

Diterbitkan : 09 Mar 2020 05:35PM Dikemas Kini : 09 Mar 2020 06:03PM

SINGAPURA: Pendidikan menyediakan seseorang pelajar untuk menjalani kehidupan, bukan setakat dalam bidang akademik.

Menteri Kedua Pendidikan Indranee Rajah berkata demikian dalam satu temu bual bersama stesen radio CNA938 hari ini (9 Mac).

Itulah sebabnya, kata Cik Indranee, mengapa Kementerian Pendidikan (MOE) memberikan lebih banyak tumpuan kepada kesejahteraan mental apabila memperbaiki kurikulum Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) untuk tahun depan.

Cik Indranee menekankan bahawa kesihatan mental mendapat perhatian kerana menjadi satu isu yang semakin berkembang.

Lantaran itu, kurikulum tersebut nanti akan menitikberatkan tentang daya tahan para pelajar.

Beliau menambah bahawa kurikulum baru itu nanti bertujuan memupuk kemampuan para pelajar supaya dapat bersikap lebih positif terhadap diri sendiri.

Rakan-rakan dan para guru juga boleh mengenal pasti tanda-tanda tekanan mental dan merujuk pelajar yang berkenaan kepada bantuan profesional, jika diperlukan. 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan